Rasmi: Rooney Diperkenalkan Sebagai Pemain Everton, Manchester United Ucap Selamat Tinggal Lagenda

Wayne Rooney akhirnya secara rasmi menjadi pemain Everton sekali lagi. Beliau meninggalkan Goodison Park selama 13 tahun. Rooney menyertai United dengan perpindahan £27 juta pada 2004.

Dalam temu ramah dengan Sky Sports, bekas kapten United ini memberitahu beliau selalu menemai anak-anaknya memakai baju tidur Everton.

Rooney meninggalkan United dengan semua trofi domestik, Eropah dan juga 1 kejuaraan kelab dunia. Lebih manis, Rooney berjaya memecahkan rekod Sir Bobby Charlton untuk menjadi penjaring terbanyak Manchester United sepanjang zaman.

Cinta Rooney kepada Everton tidak pernah padam. Dalam perlawanan testimonial Rooney di Old Trafford, pemain ini memilih Everton sebagai pasukan lawan kepada Manchester United.

Rooney bermain sebanyak 559 penampilan untuk Red Devils dan menjaringkan 253 ini.

Rooney mendapat tawaran banyak dari kelab luar termasuk dari China dan USA, namun beliau lebih teruja apabila peluang untuk kembali ke Everton tiba.

Rooney bersetuju dengan tawaran kontrak 2 tahun dan menyatakan beliau sudah tidak sabar-sabar untuk melakukan ‘debut’ kedua dengan jersi biru Everton.

Beliau juga sudah tidak sabar untuk kembali ke pusat latihan di mana beliau membangunkan karier beliau pada satu ketika dahulu.

Rooney menambah lagi:

“Saya mahu menjadi sebahagian daripada kelab ini. Saya akui ada tekanan untuk saya persembahkan aksi terbaik, tetapi saya sudah bersedia untuk melakukannya.”

“Saya yakin dapat membantu kelab ini berada di landasan yang tepat untuk lebih banyak kejayaan di atas padang. Saya dapat melihat di mata Koeman yang beliau mahukan saya menjadi sebahagian daripada pasukan beliau.”

“Saya masih tidak hilang akal untuk menolak peluang kembali semula ke tempat yang saya ingin tuju. Saya bercakap dengan ejen saya, Paul Stretford untuk pergi berbincang dengan Everton dan cuba realisasikan perkara ini.”

Koeman memang sudah lama memberikan gambaran yang beliau mahukan Rooney kembali ke Everton. Ini selepas pemain itu kelihatan sudah tidak mampu untuk berada dalam kesebelasan utama skuad yang ditransformasi Mourinho.

Bercakap kepada sidang media selepas majlis memperkenalkan Rooney sebagai pemain baru, Koeman berkata:

“Pada Ahad lalu, dia sudah menunjukkan dirinya seorang yang penuh cita-cita dan kami sangat perlukan mentaliti menang beliau.”

“Dia tahu cara untuk memenangi kejuaraan liga, dan saya gembira dia memutuskan untuk kembali ke ‘rumah’ beliau.”

“Beliau sayangkan Everton dan terdesak untuk kembali ke sini. Beliau baru 31 tahun dan saya tidak ada keraguan tentang kualiti beliau.”

“Kami ada ramai pemain muda dan kadangkala dalam hidup anda perlu mendongak ke atas untuk belajar daripada seseorang. Dan salah satu tugas Rooney adalah membuktikan kepada pemain lain bahawa beliau masih ‘pemain itu’.”

Manchester United mengucapkan selamat tinggal kepada lagenda hidup pasukan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN