Gaji Messi Berpotensi Lebih £1 Juta Seminggu, Bartomeu Minta Peminat Barcelona Bertenang

Ramai penyokong Barcelona mahukan penjelasan, adakah benar laporan bahawa gaji Lionel Messi sudah seperti gaji Tevez di CSL?

Pihak Barcelona tidak menafikan hal tersebut namun tidak pula memberikan figura tepat. Laporan menyebut Barcelona memberikan Messi kontrak baru yang membolehkan pemain tersebut menikmati kenaikan gaji luar biasa.

Sebelum ini laporan di Sepanyol menyatakan Messi meminta gaji sama dengan dengan yang Cristiano Ronaldo dapat di Real Madrid sekitar £365,000 seminggu.

Ini yang dikatakan membuatkan perjanjian dengan Barcelona sebelum ini tergendala seketika kerana Barcelona perlu menyelesaikan kontrak pemain lain dahulu untuk memastika budget untuk pembayaran gaji pemain secara keseluruhan tidak terjejas.

Namun, hari ini The Times melaporkan Messi mendapat gaji jauh lebih tinggi dari Ronaldo. Messi menerima sekitar £500,000 seminggu dan ada beberapa bonus yang berkaitan persembahan dimasukkan.

Kontrak tahunan beliau bernilai sekitar £54.8 juta. Ini membolehkan Messi berpotensi menjadi pemain bola sepak pertama menikmati gaji lebih £1 juta seminggu.

Bagaimana ia boleh berlaku? Ianya akan dicapai dengan gaji mingguan sekitar £500,000 ditambah dengan klausa bonus persembahan, ditambah lagi dengan hak imej.

Jika beliau berjaya menebus semua bonus persembahan tersebut, Messi, senang-senang boleh mendapat £1 juta seminggu.

Penyokong risau

Gaji mingguan terbaru Messi ini menjadikan beliau pemain ke-3 dengan gaji termahal selepas Tevez dan Lavezzi.

Cerita ini kurang menyenangkan ramai peminat Barcelona yang memang tidak gemar dengan cara Josep Maria Bartomeu menguruskan pasukan.

Musim lalu Bartomeu membelanjakan lebih £130 juta untuk pemain seperti Alcacer, Andre Gomes, Mathieu dan Arda Turan. Tetapi tidak seorang pun pemain ini konsisten menjadi pemain utama pasukan.

Andre Gomes

Cara Bartomeu mengendalikan kontrak Messi juga dipersoalkan kerana ia dikhuatiri akan memberikan impak kepada struktur gaji dan kewangan pasukan.

Ada yang menganggap Barcelona terpaksa pergi untuk mendapatkan Paulinho dengan nilai £18 juta kerana mereka terpaksa memotong budget untuk pembelian pemain kerana gaji Messi.

Hal ini dinafikan oleh Bartomeu yang memberikan jaminan budget untuk gaji pemain tidak terganggu dengan gaji ala CSL oleh Lionel Messi.

Bartomeu juga tegas menepis dakwaan gaji Messi ini akan memberikan impak kepada pasukan kerana risiko gagal menepati piawaian regulasi Financial Fair Play oleh UEFA.

Beliau juga memberitahu, Barcelona lambat memeterai perjanjian dengan Lionel Messi bukan kerana mereka terpaksa menstruktur semula gaji pemain lain, tetapi ianya kerana mereka mencari masa yang sesuai untuk berbincang dengan ayah Lionel Messi yang merupakan ejen pengurus peribadi pemain tersebut.

Beliau juga memberitahu sebab kenapa Barcelona sanggup membayar £500,000 seminggu untuk Messi.

“Kami tidak boleh mendedahkan angka sebenar gaji Lionel Messi, tetapi yang pasti beliau adalah pemain terbaik di dunia dan juga dalam sejarah bola sepak.”

“Tiada seorang pun yang mampu menaikkan kelab ini lebih daripada apa yang yang Lionel Messi lakukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN