RASMI: R. Kogileswaran Sertai Penang Dengan Kontrak Selama 6 Bulan

R. Kogileswaran

Pemain yang sebelum ini beraksi di Korea Selatan bersama-sama Chungbuk Cheongju iaitu R. Kogileswaran kini telah sah kembali ke saingan Liga Super apabila menyertai Penang.

Kontrak selama setahun yang diperoleh Kogi bersama-sama kelab divisyen dua Korea Selatan itu ditamatkan atas persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak dan pemain itu kembali semula ke Malaysia.

Dengan dikaitkan bersama beberapa pasukan, Kogi akhirnya menamatkan spekulasi apabila secara rasminya menyertai Penang untuk kontrak jangka pendek.

Kogi dilaporkan menyertai Penang dengan kontrak cuma selama enam bulan sahaja. Ini bermakna, pemain itu hanya akan kekal di Utara untuk tempoh sehingga tamat saingan Liga Super tahun ini – lapor wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam.

Namun begitu, tidak dinyatakan sama ada pemain tersebut mempunyai pilihan memanjangkan lagi tempoh itu atau pun tidak.

Kogi juga dilaporkan akan menyarung jersi bernombor sembilan yang sebelum ini dipakai oleh penyerang import  iaitu Giovane Gomes yang kini tidak lagi bersama-sama Penang.

Keberhasilan Penang untuk mendapatkan Kogi adalah satu urus niaga yang baik untuk mereka kerana Kogi merupakan seorang pemain yang berkualiti yang mampu menambah sengat di bahagian serangan untuk Harimau Kumbang.

Ia juga tampak baik kerana Penang memilih untuk menggunakan pemain tempatan bagi menggantikan Gomes berbanding cuba mendapatkan penyerang import baharu yang belum tentu elok persembahannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN