Selepas pelbagai spekulasi, tuan rumah Piala Asia 2023 telah pun disahkan dengan Qatar menggantikan China.
Keputusan itu dibuat selepas empat negara iaitu Qatar, Korea Selatan, Australia dan Indonesia mencuba nasib untuk menjadi tuan rumah.
Dengan penganjuran ini, Qatar akan menjadi tuan rumah untuk dua kejohanan bola sepak utama dunia untuk dua tahun berturut-turut.
“Kami akan menganjurkan kejohanan sekali lagi.
“Selamat datang ke Asia di Qatar,” kata Twitter rasmi FA Qatar.
نحتضن البطولة من جديد
أهلاً بآسيا في قطر 🇶🇦🌍#كأس_آسيا_2023 pic.twitter.com/uV84Vv6Bfy— الاتحاد القطري لكرة القدم (@QFA) October 17, 2022
Tahun ini mereka bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 dengan pelbagai bintang bola sepak dari seluruh dunia akan bertandang.
Lionel Messi, Sadio Mane, Son Heung-min, Alphonso Davies antara bintang-bintang utama dunia yang bakal hadir ke Qatar.
Pada tahun hadapan, Qatar akan menerima kehadiran bintang-bintang bola sepak Asia seperti Chanathip Songkrasin, Kyogo Furuhashi dan Ali Makhbout pula.
Malah, Qatar turut akan menerima kehadiran bintang-bintang bola sepak Malaysia seperti Arif Aiman, Dion Cools dan Syihan Hazmi ke Piala Asia.
Malah, ekor Harimau Malaya juga pasti akan hadir untuk memberikan sokongan walaupun perjalanan yang bakal ditempuh cukup jauh.