“Jangan Banding Rashford Bersama Messi”- Ander Herrera

Bekas pemain tengah berpengaruh Manchester United iaitu Ander Herrera menganggap Marcus Rahsford kini memiliki segalanya untuk melakar sejarah selaku salah seorang pemain berpengaruh di Old Trafford.

Pada awal musim ini Rashford boleh dikatakan berada pada tahap terbaik bersama United, setelah meledak lima jaringan serta tiga bantuan gol dalam 10 perlawanan pasukan berkenaan.

Rashford dilihat kembali menemui sentuhannya setelah mengalami musim-musim agak suram sebelum itu serta memberi aksi menyakinkan ketika mereka menentang Omonia Nicosia.

Pada perlawanan semalam dalam saingan English Premier Leagues (EPL), Rashford bermula di bangku simpanan sebelum masuk bagi menggantikan khidmat Cristiano Ronaldo.

Herrera ketika ini mengakui dirinya sangat tertarik akan persembahan semasa yang diberikan oleh Rashford dan percaya, pemain itu bakal menjadi legenda kelab.

“Rashford bakal memberikan kelainan yang tersendiri sekiranya beliau berada dalam prestasi terbaik dan mendapat peluang beraksi di atas padang.

“Tambahan pula, sekarang ini beliau mempunyai mentor terbaik dalam pasukan dengan contoh berguna iaitu Ronaldo.

“Jadi ini sudah pasti Rashford bakal menjadi paling penting buat United, tetapi kadangkala sesetengah penyokong tidak adil apabila membandingkan para pemain.

“Sudah pasti anda tidak boleh membandingkan pemain seperti Rashford ini bersama Messi atau Ronaldo.

“Situasi ini juga berlaku kepada pemain posisi tengah meningkat naik, apabila masih ada yang membandingkan mereka bersama Xavi Hernandez dan Andres Iniesta,” ujar Herrera menerusi Sport Bible.

Pada masa sama, Herrera juga meminta agar perbandingan dibuat lebih kepada pencapaian  pemain itu bersama kelab diwakili, dan beliau mengakui Rashford sudah terbukti bersama United.

“Anda tidak boleh minta Rashford memberikan segalanya seperti Ronaldo telah buat untuk United, kerana ini dilihat sangat tidak adil.

“Rashford memiliki segalanya kini untuk mencipta rekod sebagai pemain paling berpengaruh dalam sejarah United.

“Prestasinya kini sedang memuncak menerusi jaringan gol dan sumbangan beliau bersama pasukan. Sebagai peminat United pastinya saya sangat gembira,” tambahnya lagi.

Ketika ini aksi pemain berusia 25 tahun itu berada dalam keadaan terbaik berbanding musim lalu dan Rashford jelas menikmati saat-saat terbaik bersama United.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN