Rasmi: Pepe Menyertai Besiktas, Setuju Dengan Tawaran Kontrak 2 Tahun

Besiktas secara rasmi menandatangani Pepe secara percuma selepas kontrak pemain tersebut dengan Real Madrid berakhir secara rasmi.

Hal itu disahkan oleh Besiktas menerusi laman rasmi kelab tersebut. Pepe menerima tawaran kontrak 2 tahun daripada kelab Turki tersebut.

Pepe gembira dengan cabaran baru beliau di Turki sambil menyifatkan sudah tidak sabar-sabar mahu merasai atmosfera daripda penyokong Besiktas.

Beliau juga akan beraksi Ryan Babel dan Demba Ba dalam pasukan barunya itu. Pepe, seorang bek tengah dikenali dengan permainan yang keras di dalam padang.

Pepe merupakan pertahanan utama Portugal dan Real Madrid sepanjang karier beliau sebelum ini. Pepe menyertai Real Madrid pada 2007. Ini bermakna beliau sudah menyarung jersi Los Blancos selama 1 dekad.

Beliau berjaya memenangi 3 UCL, 3 La Liga, 2 Piala Sepanyol. Satu pencapaian yang sangat membanggakan. Untuk pasukan kebangsaan Portugal, pencapaian terbaik sudah pastilah menjuarai Euro 2016.

Beliau juga membantu Portugal memenangi tempat ke-3 dalam saingan Piala Konfederasi 2017 di Rusia. Beliau menjaringkan 1 gol di dalam kejohanan tersebut. Gol penyelamat ketika menentang Mexico dalam perlawanan penentuan tempat ke-3.

Pada musim lalu, Real Madrid mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak beliau. Pepe kemudian dikaitkan dengan banyak kelab lain di Eropah. Antaranya adalah Paris Saint Germain.

Pepe sendiri memberitahu yang beberapa kelab EPL ada menghubungi beliau untuk membawa beliau ke Liga Inggeris. Namun segalanya kini sudah terjawab, Pepe akan mewarnai kancah Liga Turki.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN