Jens Lehmann Kembali Sertai Arsenal, Kali Ini Bantu Wenger Sebagai Jurulatih

Arsenal dilaporkan berada di peringkat akhir rundingan untuk membawa kembali bekas penjaga gol mereka, Jens Lehmann ke Emirates.

Berbeza dengan dua ketibaan Lehman ke Arsenal sebelum ini, Arsenal dilaporkan menawar Lehmann jawatan sebagai jurulatih penjaga gol.

Jens Lehmann merupakan penjaga gol  The Gunners apabila Arsenal muncul juara Liga Perdana Inggeris musim 2003/2004 dengan rekod tanpa kalah.

(Photo by Chris Brunskill/Getty Images)

Laporan turut menyebut bahawa Lehmann akan bekerja terus di bawah Arsene Wenger, pembantu pengurus, Steve Bould dan juga jurulatih, Boro Primorac untuk mengendalikan skuad utama Arsenal.

Jurulatih yang mengendalikan penjaga gol ketika Lehmann menyertai Arsenal pada tahun 2003, Gerry Peyton turut akan kekal sebagai jurulatih penjaga gol.

Peranan Lehmann akan meliputi keseluruhan skuad Arsenal pada musim akan datang.

Jens Lehmann memperolehi lesen kejurulatihan daripada Pusat Latihan Colney milik Arsenal di London sejurus selepas meninggalkan kelab itu sebagai pemain pada tahun 2008.

(Photo by Scott Heavey/Getty Images)

Lehmann turut sempat kembali sebagai pemain apabila menjadi penjaga gol simpanan untuk Arsenal pada tahun 2011.

Ini adalah percubaan pertama Lehmann di dalam bidang kejurulatihan secara formal.

Wenger dan Ivan Gazidis (Pegawai Eksekutif) yakin kehadiran Lehmann akan membawa impak positif kepada keseluruhan skuad dengan mentaliti kemenangan yang dimiliki oleh beliau.

Arsenal memenangi kejuaraan Piala FA mereka yang ke-13 pada musim lalu.

Bagaimanapun, menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-5 bukanlah pencapaian yang Arsenal ingin untuk ulangi.

(Photo by Mike Egerton/EMPICS via Getty Images)

The Gunners mengalami kemerosotan prestasi terutama menjelang Januari sehingga April pada musim lalu.

Akhirnya ia mengakibatkan mereka gagal menempah slot ke sainga UEFA Champions League (UCL) buat pertama kali sejak sekian lama.

Lehman kini berusia 47 tahun beraksi di dalam kesemua 38 perlawanan saingan EPL ketika Arsenal muncul juara dengan rekod tanpa kalah pada musim 2003/2004.

Beliau juga merupakan penjaga gol The Gunners ketika membantu Arsenal menewaskan Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA melalui penentuan sepakan penalti musim berikutnya.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Musim 2005-2006, Lehmann juga beraksi dalam perlawanan akhir UCL menentang Barcelona, namun dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut.

Ketibaan Jens Lehmann di Arsenal pada kali ini adalah yang ke-3 setelah penjaga gol tersebut menyertai Arsenal pada tahun 2003, sekali lagi pada 2011 (keluar dari persaraan) dan kini sebagai jurulatih skuad utama The Gunners.

Sumber:

1. The Guardian (2017): Jens Lehmann to rejoin Arsenal as a first-team coach in backroom shake-up; https://www.theguardian.com/football/2017/jul/03/jens-lehmann-arsenal-coaching-role

2. Jeremy Wilson, The Telegraph (2017): Arsenal close to appointing Jens Lehmann as a first-team coach to work alongside Wenger and Bould; http://www.telegraph.co.uk/football/2017/07/03/arsenal-close-appointing-jens-lehmann-first-team-coach-work1/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN