RASMI: Hanya 3 Mata Daripada Penyingkiran, Milan Pecat Marco Giampaolo

AC Milan mengumumkan secara rasmi pemecatan Marco Giampaolo, walaupun pengurus itu hanya mengendalikan Milan dalam 7 perlawanan liga sahaja musim ini.

Milan mengeluarkan kenyataan rasmi yang sangat ringkas: “AC Milan mengumumkan kelab melepaskan Encik Marco Giampaolo daripada jawatannya sebagai jurulatih pasukan utama. Kelab sangat berterima kasih dengan jasa Marco dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di masa akan datang dalam karier profesional.”

Giampolo menjadi pengurus kelapan dipecat oleh AC Milan dalam masa 5 tahun selepas era Massimiliano Allegri.

Selain itu, Giampaolo juga menjadi pengurus paling sekejap menjawat jawatan di kelab tersebut dengan hanya 111 hari.

Bekas pengurus Sampdoria dan Empoli itu hanya memungut 9 mata daripada 7 perlawanan liga. Peminat AC Milan menyifatkan Giampaolo sebagai telah membuatkan AC Milan bermain bola sepak yang paling teruk.

Milan hanya menjaringkan 6 gol daripada 7 perlawanan dan berada di tangga ke-13, dengan dibezakan hanya 3 mata daripada zon penyingkiran.

Beberapa calon hangat dikaitkan dengan AC Milan termasuk bekas pengurus Fiorentina, Stefano Pioli.

Namun malangnya peminat Milan sudah melancarkan tanda pagar #PioliOut sebelum pengurus itu dilantik sekalipun.

https://twitter.com/OutPioli/status/1181569831990157312

Tanda pagar itu menjadi trending di Itali sebentar tadi.

Ramai yang mahukan kelab mendapatkan semula Max Allegri yang kini tiada jawatan. Ataupun pengurus lain seperti Arsene Wenger. Mereka mahu Gazidis menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan bekas pengurus Arsenal itu.

Menariknya, adakah AC Milan akan meneruskan niat mereka melantik Stefano Pioli? Dan, jika perkara itu berlaku, pastinya banyak kerja perlu dilakukan Pioli untuk memenangi hati penyokong Milan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN