Saga perpindahan Nicolas Pepe dari Lille ke Arsenal akhirnya terlerai apabila sebentar tadi The Gunners mengumumkan pemain tersebut sebagai pemain mereka.
Pengumuman rasmi itu dibuat menerusi akaun rasmi kelab yang disambut dengan penuh kegirangan oleh penyokong Arsenal yang sudah lama menanti.
Mana tidaknya, saga perpindahan Nicolas Pepe ini antara yang paling banyak dibincangkan dalam beberapa minggu ini.
Welcome to The Arsenal, Nicolas Pepe 🤩
🇨🇮 #PepeIsHere ⚡️ pic.twitter.com/nXJIB9XdLW
— Arsenal (@Arsenal) August 1, 2019
Nicolas Pepe menjadi pembelian termahal dalam sejarah The Gunners dengan nilai perpindagan £72 juta. Ianya juga menjadikan Pepe eksport termahal Ligue 1 dalam sejarah, dan juga menjadi pemain Afrika termahal saat ini.
Nicolas Pepe has today become our club-record signing!
🇨🇮 #PepeIsHere ⚡️
— Arsenal (@Arsenal) August 1, 2019
Nicolas Pepe merupakan pemain sayap serangan. Beliau diberikan jersi 19 oleh Arsenal.
Pepe menyatakan kegembiraan beliau menyarung jersi Arsenal. Pepe berkata: “Apabila saya tahu saya akan pergi ke Arsenal, terus terlintas beberapa pemain Perancis di sini.”
“Saya juga terus terbayangkan Ozil yang merupakan juara dunia. Dan juga Lacazette, Aubameyang serta ramai lagi.”|
Unai Emery gembira mengalu-alukan kedatangan Nicolas Pepe. Beliau berkata: “Nicolas pemain yang hebat dan pemain sayap berbakat yang dikehendaki banyak kelab besar di Eropah.”
“Kejayaan mendapatkan pembelian besar seperti ini sudah menjadi objektif kami dalam perpindahan kali ini. Dan saya teruja beliau menyertai Arsenal.”