Jika sebelum ini Mike Ashley dikenali dengan sikap kedekutnya dalam berbelanja, kali ini beliau memberikan sokongan kepada pengurus baharu Newcastle – Steve Bruce – dengan memecahkan rekod pembelian kelab.
Newcastle berjaya mendapatkan penyerang Hoffenheim, Joelinton dengan nilai perpindahan £40 juta. Memecahkan rekod yang mereka cipta beberapa bulan lalu ketika mendapatkan Miguel Almiron dengan £20.5 juta.
🤑 Most expensive #NUFC signings
🇧🇷 Joelinton – £40m (2019)
🇵🇾 Miguel Almiron – £21m (19)
🏴 Michael Owen – £16m (05)
🏴 Alan Shearer – £15m (96)
🇳🇱 Georginio Wijnaldum – £14.5m (16)
🇷🇸 Aleksandar Mitrovic – £14m (15)
🇫🇷 Florian Thauvin – £13m (15)
[Fees via @PAdugout] pic.twitter.com/NPY6YuGn4d
— Sport on Sporting Life (@SLSport_) July 23, 2019
Joelinton menjadi pembelian pertama Steve Bruce dan akan diberikan nombor ikonik – nombor 9. Pemain tersebut setuju dengan kontrak 6 tahun di St. James’ Park.
Joelinton dalam kenyataan beliau berkata: “Saya sangat gembira untuk berada di sini. Saya sedar perlaburan besar dibuat kelab untuk saya. Dan ini bermakna, ianya menuntut tanggungjawab yang sangat besar.”
📺 Don't miss club record signing Joelinton's exclusive first interview with NUFC TV.
Watch it here: https://t.co/QOKIV0nFxg #NUFC pic.twitter.com/3EjpVsOPPI
— Newcastle United FC (@NUFC) July 23, 2019
“Saya sangat bermotivasi dan berharap dapat membalas semua itu di atas padang.”
Steve Bruce teruja dengan pembelian ini dan menganggap Joelinton sebagai pemain muda yang hebat.
“Budak ini ada masa depan yang mengujakan di hadapannya. Beliau adalah pemain muda yang luar biasa dan jelas sekali kami di sini teruja berjaya mendapatkan khidmat beliau.”
“Beliau ada segala aset yang diperlukan dalam permainan moden. Beliau besar, kuat dan pantas. Sudah pastinya beliau masih muda dan perkara ini sangat penting.”
📺 Head coach Steve Bruce spoke to NUFC TV about new signing Joelinton this afternoon.
Watch the full interview: https://t.co/whjeqeChQB #NUFC pic.twitter.com/NIaegVpOMK
— Newcastle United FC (@NUFC) July 23, 2019
“Beliau melakukan sedikit kajian sejarah dan mahukan nombor 9, dan itu sentiasa nombor yang besar untuk kamu isi. Namun jelas di matanya menunjukkan, ayuh, berikannya, saya di sini untuk melakukannya.”
Newcastle terdesak untuk mendapatkan no.9 selepas gagal memeterai perjanjian dengan Solomon Rondon. Seterusnya, Newcastle kehilangan 2 pemain penting mereka. Ayoze Perez ke Leicester dan Joselu ke Alaves.