Rasmi: Michael Keane Sertai Everton Dengan Nilai £30 Juta, Manchester United Dapat £7.5 Juta

Ronald Koeman berjaya mendapatkan Michael Keane dari Burnley dengan harga £30 juta. Setakat ini jumlah perbelanjaan Ronald Koeman sekitar £100 juta pada jendela perpindahan semasa.

Harga Michael Keane adalah sama dengan jumlah yang mereka bayar untuk penjaga gol B-21 England, Jordan Pickford yang mereka beli dari Sunderland.

Hasil daripada penjualan ini, Burnley mendapat £25 juta dengan ada klausa bayaran tambahan £5 juta pada akhir musim ini.

Manakala £7.5 juta lagi milik Manchester United. Ianya untuk bayaran pembangunan pemain tersebut. Michael Keane adalah graduan akademi Manchester United yang meninggalkan kelab tersebut ke Burnley pada 2015.

Mourinho pada Disember lalu memberikan gambaran akan cuba membawa balik pemain ini ke Old Trafford. Jose Mourinho kecewa dengan beberapa pemain yang dijual pada era Van Gaal.

Beliau berpendapat, pemain-pemain seperti Michael Keane tidak sepatutnya dijual. Namun beliau seakan-akan tidak berminat untuk mendapatkan Keane selepas berjaya menandatangani Victor Lindelof baru-baru ini.

Selain daripada Manchester United, pada jendela awal musim lalu, Antonio Conte pernah mengejutkan ramai peminat apabil menzahirkan minat ke atas Michael Keane.

Ternyata Keane memang pemain yang berkualiti. Kean kemudian dikaitkan dengan Spurs dan Liverpool yang mahu menguatkan bahagian pertahanan mereka pada Januari lalu.

Semalam Michael Keane menurunkan tandatangan di atas kertas kontrak bersama Everton yang akan menyaksikan pemain ini berada di Goodison Park.

Kontrak tersebut berdurasi 6 tahun ataupun sehingga 2022. Sebelum ini Everton juga mengesahkan pembelian Davy Klaassen dengan nilai £23.6 juta dari Ajax. Henry Onyekuru for £6.8 juta from KAS Eupen.

Serta satu lagi nama yang mengujakan peminat ialah pembelian £5.2 juta Sandro Ramirez dari Malaga.

Everton juga mulai dikaitkan dengan Olivier Giroud yang dikatakan sebagai pengganti yang sesuai untuk Romelu Lukaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN