RASMI: Man United Lepaskan Cristiano Ronaldo Secara Serta Merta

Kelab gergasi Eropah, Manchester United dengan secara rasminya sudah pun menamatkan kontrak pemain bintang mereka iaitu Cristiano Ronaldo sebentar tadi.

Keputusan tersebut disahkan sendiri menerusi laman media sosial mereka dan jelas mendapat pelbagai reaksi daripada para penyokong United.

Pasukan tersebut mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Ronaldo setelah pemain itu telah pun memburukkan United pada satu wawancara bersama Piers Morgan minggu lalu.

Sebelum itu, pihak pengurusan United sudah pun memberi satu maklum balas mengenai perkara tersebut dengan siasatan akan dibuat mengenai segala kritikan Ronaldo kepada mereka.

Menerusi kenyataan terbaharu, mereka melepaskan Ronaldo dalam satu persetujuan yang dibuat dengan serta merta.

Pihak pengurusan kelab tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada Ronaldo atas segala jasa beliau bersama United dan mengharapkan yang terbaik buat pemain itu pada masa akan datang.

“Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama, berkuat kuasa serta-merta.

“Kelab itu mengucapkan terima kasih atas sumbangan besarnya dalam dua musim di Old Trafford, menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan, dan mendoakan kesejahteraan dia dan keluarganya untuk masa depan,” jelas kenyataan tersebut menerusi laman web rasmi mereka.

Pada masa sama, kenyataan itu turut menyatakan mereka akan terus fokus untuk meneruskan usaha bersama pengendali kelab iaitu Erik ten Hag bagi memberi kejayaan di atas padang.

“Semua orang di Manchester United kekal fokus untuk meneruskan kemajuan pasukan di bawah Erik ten Hag dan bekerjasama untuk memberikan kejayaan di atas padang,” tambah kenyataan itu.

Ronaldo kembali menyarung jersi United pada musim lalu selepas 12 musim meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Real Madrid dengan kejayaan cukup besar dilakar beliau.

Musim ini pemain kebangsaan Portugal itu jelas ingin berpindah ke kelab baharu selepas United gagal melayakkan diri ke saingan UEFA Champions League (UCL).

Walaubagaimana pun, beliau gagal untuk berpindah ke pasukan baharu selepas tiada tawaran besar tiba buat dirinya untuk berhijrah.

Tiga jaringan sahaja rekod jaringan Ronaldo musim ini bersama United dengan kali terakhir pemain itu meledak gol ketika aksi beliau menentang Sheriff FC untuk mengesahkan kemenangan mereka 3-0 dalam saingan UEFA Europa League (UEL).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN