Qatar 2022: Denmark Bermula Hambar, Sekadar Terikat Seri Bersama Tunisia

Aksi pembukaan Piala Dunia 2022 di Qatar bagi Kumpulan D telah pun tamat dengan menyaksikan Denmark sekadar terikat seri tanpa sebarang jaringan bersama Tunisia.

Keputusan tersebut menyaksikan kedua pasukan ini sekadar meraih satu mata dan satu lagi perlawanan kumpulan tersebut bakal berlangsung selepas ini membabitkan antara Perancis dan Australia.

Denmark memulakan aksi dengan memberi tekanan tinggi kepada Tunisia menerusi beberapa siri serangan berbahaya dicipta mereka dalam misi mendapatkan gol awal permainan.

Berdepan lawan yang mempunyai barisan pemain bintang jelas tidak membuatkan Tunisia tergugat, sebaliknya mereka berjaya mencipta peluang untuk cuba melepasi garisan pertahanan lawan menerusi kombinasi permainan yang menarik.

Gandingan antara Christian Eriksen bersama Thomas Delaney dan Pierre-Emile Hojbjerg jelas sangat berkualiti menerusi penguasaan tengah mereka untuk menghalang sebarang ruang cuba dicetuskan Tunisia.

Selepas 10 minit aksi berlangsung, kedua pasukan masih lagi belum mendapatkan sebarang gol dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Mohamed Drager hampir mendapatkan gol awal untuk Tunisia pada minit ke-12, namun percubaan pemain tersebut dari luar kotak penalti sedikit tersasar keluar dari gawang gol.

Tonggak Tunisia, Issam Jebali jelas memainkan peranan penting setakat ini dengan banyak pergerakan dicipta beliau daripada tengah untuk memulakan serangan.

Rasmus Kristensen menjadi pemain terawal dilayangkan kad kuning pada minit ke-24, selepas tonggak tersebut mencederakan pemain lawan.

Bersambung di separuh masa kedua, Denmark tampil dengan lebih berhati-hati dalam mengawal bola menerusi intensiti yang agak rendah dipamerkan pasukan tersebut untuk mengelak kejutan balas daripada Tunisia.

Intensiti permainan mula meningkat selepas 55 minit perlawanan, dengan Denmark lebih banyak mengatur serangan untuk cuba mendapatkan gol pertama permainan.

Tunisia pula tidak lagi begitu agresif seperti di separuh masa pertama, setelah pasukan tersebut banyak berada di kubu sendiri untuk menyerap asakan lawan.

Beberapa pertukaran pemain yang dibuat kedua pasukan ini juga masih lagi belum memberi impak dengan tempo permainan juga kembali menjadi perlahan selepas 80 minit aksi.

Perlawanan kekal dengan Denmark sekadar terikat seri tanpa jaringan bersama Tunisia selepas wisel perlawanan dibunyikan.

Aksi Kumpulan D seterusnya bakal menyaksikan perlawanan antara Perancis dan Australia untuk membuat perhitungan seterusnya.

Kesebelasan utama

Denmark: Kasper Schmeichel (Penjaga gol), Joachim Andersen, Simon Kjaer, Joakim Maehle, Andreas Christensen, Thomas Delaney, Christian Eriksen, Andreas Skov Olsen, Kasper Dolberg, Rasmus Kristensen, Pierre-Emile Hojbjerg

Tunisia: Aymen Dahmen, Montassar Talbi, Yassine Meriah, Dylan Bronn, Mohamed Drager, Ali Abdi, Elyes Skhiri, Issa Laidouni, Anis Ben Slimene, Youssef Msakni, Issam Jebali

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN