RASMI: Malaysia Lonjak 7 Anak Tangga Untuk Duduki Ranking Ke-138 Dunia

Malaysia Ranking FIFA

Seperti yang dijangka, keputusan positif dicatat skuad kebangsaan di pentas antarabangsa telah melonjakkan kedudukan Malaysia dalam ranking dunia FIFA dalam senarai yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak dunia itu pada hari ini.

Skuad kendalian Kim Pan-gon cemerlang menewaskan Turkemistan dan Hong Kong sepanjang tempoh kalendar antarabangsa FIFA pada Mac lalu dan ie memberikan tambahan 15.53 mata untuk naik ke tangga ke-138.

Kali terakhir Malaysia berada pada kedudukan bawah 140 dunia ialah 2011 ketika mereka memenangi Piala AFF 2010 untuk berada di tangga ke-138 sebelum zaman kejatuhan mula berlaku buat Harimau Malaya.

Berdasarkan perkongsian GrandstandKita, kemaskini terbaru ini juga bermakna Malaysia kini menjadi pasukan ke-25 terbaik di Asia, dan yang keempat terbaik di Asia Tenggara di belakang Vietnam (kedudukan 95 dunia), Thailand (kedudukan 114 dunia), dan Filipina (kedudukan 136 dunia).

Menduduki tangga ke-25 di Asia juga bermakna pasukan negara layak terus ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia.

Pasukan negara kini turut berpeluang memintas beberapa negara lain di dalam senarai ranking FIFA seperti Turkemistan (dipisahkan 15 mata) dan juga Filipina (dipisahkan 17 mata) sekiranya terus meampilkan aksi cemerlang dan merekodkan kemenangan dalam beberapa pertandingan persahabatan pada Jun dan September akan datang.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Malaysia bakal bertemu pasukan Solomon Islands dan Yemen pada perlawanan persahabatan antarabangsa ketika jendela FIFA pada Jun nanti.

India, Palestin dan Lubnan turut menjadi antara lawan berpotensi pasukan negara selepas ketiga-tiga negara mengesahkan penyertaan di Kejohanan Pestabola Merdeka yang kembali dianjurkan pada tahun ini selepas 10 tahun menyepi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN