Benzema Berjaya Catat 2 Hat-Trick Berturut-Turut Ketika Sedang Berpuasa

Karim Benzema cemerlang mencatatkan hat-trick kedua beliau secara berturut-turut ketika aksi kemenangan 4-0 menewaskan Barcelona dalam saingan Copa del Rey awal pagi tadi.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, Benzema melakukan hal tersebut ketika beliau sedang menjalani ibadah berpuasa.

Ya, Benzema berjaya mencatatkan dua hat-trick dari dua perlawanan terakhirnya dan beliau lakukan hal tersebut ketika sedang berpuasa.

Ketika ada yang mengadu penat berpuasa, puasa menjejaskan persembahan, puasa menghalang pemain dari memberikan yang terbaik, Benzema sementara itu membuktikkan yang sebaliknya.

Pada tahun lalu, Benzema pernah bercakap kepada Esquire tentang bagaimana impak puasa terhadap persembahan beliau di atas padang.

“Ramadan merupakan sebahagian dari kehidupan saya dan agama saya menganggap Ramadan sebagai bulan ibadah.”

Jelas Karim Benzema.

“Bagi saya, ia sangat penting dan saya rasa sangat segar ketika saya berpuasa.”

Ketika ditanya tentang apa yang beliau syukuri dalam hidupnya, bintang kebangsaan Perancis itu mendedahkan bahawa:

“Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik.”

Tahun ini, Benzema menjalani ibadah berpuasa sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini dan beliau sepertinya benar-benar menikmati Ramadan kali ini dengan baik.

Ketika beraksi bertemu Real Valladolid pada hujung minggu lalu, Karim Benzema berjaya mencatatkan hat-trick termasuk menjaringkan gol lipat yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beberapa hari sahaja selepas itu, pemain penyerang itu berjaya untuk mencatatkan satu lagi hat-trick dan kali ini beliau melakukan hal tersebut ketika bertemu Barcelona di Nou Camp.

Selain kejayaan mencatatkan hat-trick keduanya secara berturut-turut, kejayaan Benzema meledak 3 gol di Nou Camp itu juga menjadikan beliau sebagai pemain Real Madrid pertama selepas Ferenc Puskas (1963) yang berjaya melakukan hal tersebut.

Beliau juga turut menjadi pemain Real Madrid pertama selepas Ivan Zamorano (1995) yang berjaya menjaringkan 3 gol dalam aksi perlawanan El Clasico.

Benzema sebenarnya merupakan pemain yang mempunyai darah kacukan Algeria dan jelas sekali beliau antara pemain yang patuh pada ajaran agamanya.

Bercakap kepada Vogue Magazine pada tahun 2019, Benzema mendedahkan bahawa:

“Kepercayaan saya (Islam) membantu saya untuk lebih fokus setiap hari. Ia beri saya kebaikkan dan ia sumber kekuatan saya, keluarga saya dan juga untuk kerjaya saya. Boleh dikatakan untuk segalanya.”

Benzema turut menegaskan yang beliau mahu memastikan anak-anaknya juga turut mengikuti jejak langkah beliau dan menjadikan agama sebagai panduan.

“Saya sentiasa berpegang kepada pegangan saya.”

“Adalah sangat penting untuk saya tidak melupakan dari mana saya datang, benda paling kecik dalam kehidupan sebenarnya itulah yang paling penting sekali.”

“Saya mahu ia berterusan hingga ke anak-anak saya. Saya harap ia akan sentiasa menjadi sebahagian dari mereka dan ketika mereka sedang dalam keraguan, mereka boleh merujuk kepada agama.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN