‘Gagal Menangi Anugerah FIFA Best’ – Karim Benzema ‘Meroyan’ Teruk Di Media Sosial

Karim Benzema meluahkan kekesalan beliau di laman media sosial miliknya selepas kegagalannya untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah FIFA Best tahun ini.

Bukan hanya satu, tapi Benzema sebenarnya telah memuat naik beberapa status di laman media sosial miliknya untuk meluahkan kekesalan dan kekecewaan beliau.

Lionel Messi telah dinobatkan sebagai penerima anugerah FIFA Best selepas melihat kejayaan beliau memimpin Argentina untuk menjuarai Piala Dunia di Qatar beberapa bulan lalu.

Messi yang menewaskan Kylian Mbappe dan Karim Benzema untuk merangkul anugerah tersebut telah menyatakan bahawa:

“Ia sangat menakjubkan. Ia satu kebanggaan untuk saya berada di sini malam ini dan menang anugerah ini.”

“Tanpa rakan sepasukan saya, saya tak akan ada di sini. Ia merupakan tahun yang sungguh menakjubkan dan saya capai cita-cita yang sudah lama saya impikan dan akhirnya segalanya saya berjaya untuk capai.”

Benzema sebenarnya turut tercalon untuk memenangi anugerah tersebut, namun Messi yang dinobatkan sebagai pemenang selepas menerima 52 undian.

Bintang berusia 35 tahun itu tidak hadir ke majlis tersebut namun beliau antara yang paling banyak memuat naik status di media sosial berkait majlis anugerah itu.

Beliau memuat naik video di laman instagram miliknya dengan menyatakan:

“Penipu, Ya, Kamu Penipu.”

Pemain kebangsaan Perancis itu turut menulis caption pada video tersebut yang mana beliau menyatakan:

“Selamat malam.”

Masih tak berpuas hati kerana gagal untuk memenangi anugerah FIFA Best, Benzema kemudiannya memuat naik satu lagi status di laman media sosial miliknya.

Benzema memuat naik status di story instagram miliknya dengan menyenaraikan pencapaian beliau baik bersama kelab mahupun negara dari Ogos lalu hingga hari terakhir pencalonan FIFA Best.

Karim Benzema berkongsi rekod-rekod jaringan dan assists yang beliau catatkan sepanjang tempoh tersebut dan beliau turut menyenaraikan anugerah-anugerah yang beliau menangi termasuk anugerah Ballon d’Or.

Beliau mungkin merasakan yang dirinya lebih layak untuk memenangi anugerah itu berbanding Lionel Messi selepas melihat pencapaian beliau sepanjang dua musim terakhir ini.

Karim Benzema kemudiannya mengakhiri tempoh ‘meroyan’ beliau di media sosial dengan memuat naik story yang menyatakan, ‘Selamat malam’.

Adakah Benzema lebih berhak untuk memenangi anugerah FIFA Best berbanding Messi? bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN