RASMI: Leroy Sane Kini Bergelar Pemain Bayern Munich

Leroy Sane

Pemain sayap, Leroy Sane kini sah bergelar pemain baharu Bayern Munich selepas beliau telah memeterai perjanjian selama lima musim untuk bersama gergasi Jerman itu bagi menghadapi saingan 2020/21.

Perpindahan bernilai £54.8 juta itu menyaksikan Sane kembali semula ke kempen Bundesliga setelah kali terakhir beliau beraksi bersama Schalke 04 pada musim 2015/16 untuk ke Manchester City.

Perkembangan terkini itu juga menamatkan segala teka-teki berhubung masa depan Sane bersama Manchester City di mana beliau telah mengecap nikmat selaku juara Liga Perdana Inggeris buat dua musim berturut-turut [2017/18 dan 2018/19].

Mengulas mengenai penghijrahannya itu, Sane menjelaskan beliau tidak sabar untuk menikmati karier baharu bersama Bayern Munich.

”FC Bayern merupakan sebuah pasukan hebat dengan matlamat yang cukup besar dan matlamat mereka sangat sesuai dengan saya,” ujar Sane menurut kenyataannya di laman sesawang rasmi Bayern Munich.

”Saya tidak sabar untuk menikmati cabaran baharu dan tidak sabar untuk berlatih bersama pasukan ini. Saya mengenali Hansi Flick dari skuad bawah 21 tahun Jerman, kami mempunyai hubungan yang cukup baik.”

”Saya juga mahu memenangi seberapa banyak trofi yang boleh ketika bersama FC Bayern dan sudah semestinya Liga Juara-Juara Eropah menjadi keutamaan buat saya.”

Selama empat musim bersama Manchester City, pemain yang dilahirkan pada 11 Januari 1996 itu telah membuat 135 penampilan dalam semua pertandingan disertai dan turut berjaya menjaringkan 39 gol buat The Cityzens.

Malang menimpa Sane pada musim ini apabila beliau mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang menyebabkannya terpaksa diketepikan dalam tempoh yang agak lama.

Kredit featured image: FC Bayern Munchen

Baca artikel lain dari kami mengenai Leroy Sane:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN