Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong, Kim Pan-gon sah dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya yang baharu.
Jurulatih dari Korea Selatan itu dilaporkan menerima kontrak selama dua tahun daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dan didatangkan bersama empat pembantu jurulatih.
Empat pembantu beliau terdiri daripada seorang jurulatih penjaga gol, pembantu teknikal dan juga penganalisis perlawanan.
OFFICIAL | KFA vice-president Kim Pan-gon has resigned from his post. He is set to be appointed as a new manager of Malaysia national team. pic.twitter.com/YINCG7zaMm
— Korea Football News (@KORFootballNews) January 21, 2022
Kim Pan-gon pernah dikenali sebagai ‘Guus Hiddink Hong Kong’ kerana peranannya membangkitkan bola sepak bekas wilayah jajahan British itu, sebelum kembali ke Korea Selatan untuk mengetuai jawatankuasa khas Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) yang betanggungjawab melantik ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu.
Antara tugasnya ialah melantik Paulo Bento untuk menggantikan Shin Tae-yong sebagai pengendali skuad kebangsaan Korea Selatan pada 2018.
Laporan daripada Korea Selatan bagaimanapun mengesahkan Kim telah meninggalkan jawatan beliau bersama KFA untuk memberi tumpuan sepenuhnya membimbing pasukan Harimau Malaya.
Jurulatih dari Korea Selatan akan bersama Harimau Malaya selama 2 tahun. Selamat Datang Mr Kim
Annyeong pic.twitter.com/MQyIzgKqgX
— KOPPA (@koppatv) January 21, 2022
Bola sepak Malaysia sebenarnya bukan asing bagi Kim Pan-gon. Ketika bersama Hong Kong pada 2017, Kim berjaya mencatat dua keputusan positif menentang pasukan negara di perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia apabila mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Hang Jebat, sebelum menang 2-0 di Hong Kong.
Terkenal dengan corak permainan agresif dan pressing, Kim Pan-gon juga fleksibel dalam formasi pasukan berdasarkan lawan. Misalnya ketika menentang Malaysia pada 2017, Kim menggunakan sistem bek bertiga dan banyak melakukan ancaman melalui dua bek sayap.