Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) telah mengumumkan 3 pemain baharu mereka pada hari ini. Dua daripadanya adalah pemain yang sebelum ini pernah menyarung jersi mereka.
Pertamanya ialah Nurridzuan Abu Hassan. Pemain 27 tahun pemain kelahiran Perak yang beraksi di posisi Tengah Ofensif (Attacking Midfieder) – adalah antara pemain berbakat dari Skuad Pembangunan, Harimau Muda A.
Beliau memulakan karier profesionalnya bersama Perak pada 2011 sebelum membarisi skuad Harimau Muda A dari 2012 hingga 2014.
Beliau kemudiannya kembali menyertai Perak selama 2 musim sebelum bersama Pahang pada 2017, PKNS FC dan bersama Selangor selama 2 musim.
Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini mengucapkan selamat datang buat bekas pemain Selangor musim lalu, Nurridzuan Abu Hassan yang bakal menyertai Melaka United mengharungi saingan Liga Malaysia 2020.#MUSA2020#DemiKebanggaanMelaka pic.twitter.com/OD53M2SUpT
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) December 1, 2019
Pencapaian terbaik Nurridzuan setakat ini adalah membantu Skuad Tok Gajah muncul Naib Juara Piala FA 2017 dan Pemain Terbaik Bulanan PFAM bagi bulan Jun 2015 ketika bersama Perak.
Seterusnya Melaka United mengesahkan pemain berbakat besar, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir kembali semula ke pangkuan Skuad Hang Tuah.
Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) mengucapkan selamat kembali buat bekas pemain Melaka United, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir yang sah kembali ke pangkuan Skuad Hang Tuah musim depan.#MUSA2020#DemiKebanggaanMelaka pic.twitter.com/0X6ve9F8BC
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) December 1, 2019
Ferris Danial yang kini berusia 27 tahun tidak asing lagi di kalangan penyokong Melaka United apabila menjadi antara pemain yang membarisi Skuad Hang Tuah yang menjuarai saingan Liga Premier pada musim 2016.
Pemain kelahiran Kelantan itu yang juga antara pemain dari Skuad Harimau Muda suatu ketika dahulu adalah seorang pemain yang beraksi di posisi penyerang.
Dan yang ketiga ialah Khair Muhammad Jefri Jones yang bakal menyertai semula pasukan Melaka untuk memperkuatkan mereka pada musim depan.
Seorang lagi bekas pemain Melaka United sah bakal kembali ke pangkuan Skuad Hang Tuah musim depan.
Selamat kembali diucapkan buat bekas pemain Pertahanan Melaka United, Khair Muhammad Jefri Jones yang bakal menyertai pasukan musim depan.#MUSA2020#DemiKebanggaanMelaka pic.twitter.com/T56QCwLye3
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) December 1, 2019
Nama Khair Jones tidak asing lagi dalam kalangan penyokong Skuad Hang Tuah sebagai antara tonggak utama yang pernah membantu Melaka United menjuarai Liga Premier 2016.
Pemain berdarah kacukan Malaysia-New Zealand ini meninggalkan Melaka United pada penghujung musim 2018 dan menyertai Kuala Lumpur musim lalu.
Kepulangan Khair Jones ke Melaka bakal menyaksikan saingan bagi merebut posisi di bahagian Pertahanan pasukan musim depan.
Selamat maju jaya kepada semua pemain.