Perak Sah Simpan Leandro, Careca Hampir Pasti Kekal

Beberapa pemain import baru dijangka akan menjadi muka baharu skuad Perak TBG bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Pada masa yang sama, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata dua pemain import sedia ada akan dikekalkan.

Dua pemain yang dimaksudkan ialah pemain tengah, Leandro Dos Santos dan juga Raianderson Da Costa Morais (Careca).

Melalui laporan oleh Berita Harian pada hari ini, Ahmad Faizal mengesahkan Perak akan terus menggunakan khidmat pemain import pada musim hadapan.

Sebelum ini, Ahmad Faizal pernah berkata Perak berkemungkinan tidak menggunakan khidmat pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.

‘Ater, mengkome setuju ke idak ni? Hek ehhh.’

Posted by Semuanya BOLA on Sunday, September 8, 2019

“Saya secara peribadi percaya kita sudah cukup [pemain import]. Tetapi mungkin jurulatih merasakan perlu ada penambahan pemain untuk sesetengah posisi.

“Kita masih ada lagi pemain import [musim hadapan], yang pasti salah seorang daripada dua pemain import yang akan dikekalkan ialah Leandro Dos Santos,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Chepor di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Klebang di sini hari ini.

Musim lalu, Perak menggunakan empat pemain import iaitu Leandro, Hussein El Dor, Ronaldo Henrique Silva (Ronaldo) dan Raianderson Da Costa Morais (Careca).

Perak

Hussein El Dor dan Ronaldo masing-masing sudah mengesahkan akan memilih haluan baru pada musim hadapan.

Ini bermakna seorang lagi pemain import yang hampir pasti dikekalkan ialah Careca.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Perak itu juga mengesahkan Perak sudah mengikat beberapa tongak utama seperti Shahrul Saad dan J. Parthiban dengan kontrak baharu.

“Saya pertamanya berasa syukur banyak pemain kita di kalangan pemain tempatan yang sudah tamat kontrak menandatangani kontrak semula,” katanya.

“Saya percaya kita ada kumpulan pemain yang terbaik dan saya sangat yakin kita tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada pemain import pada masa hadapan.

“Jadi, saya berpandangan, bajet yang mencukupi perlu kita sediakan untuk pembangunan pemain pada masa hadapan,” katanya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN