Kedudukan Wojciech Szczęsny sebagai pengganti Buffon nampaknya tidak akan menjadi kenyataan. Ini kerana Juventus baru sahaja menandatangani salah seorang penjaga gol terbaik di Serie A, Mattia Perin.
Hanya krisis prestasi Perin sahaja yang mungkin akan membuatkan Wojciech Szczęsny menjadi penjaga gol no.1 seperti yang dijanjikan oleh Juventus sebelum ini.
Juventus pernah memberitahu mereka meletakkan keyakinan bahawa Wojciech Szczęsny adalah penjaga gol no.1 mereka yang baru sebelum ini.
Juventus mendapatkan Mattia Perin dengan harga £10.5 juta dengan bonus tambahan mencecah £2.6 juta. Kemasukan Perin ini berlaku hanya selepas 3 minggu Gianluigi Buffon meninggalkan kelab tersebut.
👍 @MattiaPerin 👍 pic.twitter.com/K7hwJc5AbT
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) June 8, 2018
Sebelum ini penjaga gol berusia 25 tahun ini bermain untuk Genoa. Juventus menawarkan kontrak 4 tahun kepada beliau.
Perin bermain 8 musim di Genoa. Mereka menamatkan musim lalu di tangga ke-12 dalam Serie A. Perin turut mencatatkan 12 clean sheet pada musim lalu dalam Serie A.
OFFICIAL: Mattia Perin has signed for Juventus 🧤 pic.twitter.com/241XcjcOQy
— B/R Football (@brfootball) June 8, 2018
Selain daripada Perin, Juventus dijangka akan mengumumkan Emre Can sebagai pemain baru mereka. Semalam Liverpool mengucapkan selamat tinggal kepada Emre Can dan Jon Flanagan.
Juventus sah menandatangani secara tetap Douglas Costa dari Bayern Munich.