Pires: “Emery Harus Dapatkan Fellaini, Seorang Pemain Tengah Berkualiti”

Legenda Arsenal, Robert Pires mencadangkan agar Unai Emery mendapatkan Fellaini dengan kadar segera. Buat masa ini, Arsenal antara pasukan yang dikaitkan dengan Fellaini yang tidak menyambung kontrak di Old Trafford.

Fellaini bermain 156 kali untuk United sejak 2013. Mourinho menyatakan Fellaini adalah antara pemain yang beliau mahukan dia kekal namun terpaksa akur dengan pilihan pemain tersebut.

Menurut Pires, peluang yang ada harus disambar dengan segera ataupun Arsenal akan terlepas pemain berkualiti seperti Fellaini.

“Mendapatkan Fellaini? Ya, kenapa tidak? Semua orang kenal Fellaini di EPL. Saya tahu musim lalu beliau agak sukar untuk beliau.”

“Arsenal patut mendapatkan pemain ini. Beliau merupakan seorang pemain yang bagus. Fellaini turut memerlukan permulaan baru dalam karier beliau.”

Tottenham Hotspur’s Danish midfielder Christian Eriksen (L) plays the ball past Manchester United’s Belgian midfielder Marouane Fellaini (R) during the English Premier League football match between Tottenham Hotspur and Manchester United at Wembley Stadium in London, on January 31, 2018. / AFP PHOTO / IKIMAGES / Ian KINGTON / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or ‘live’ services. Online in-match use limited to 45 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. / (Photo credit should read IAN KINGTON/AFP/Getty Images)

“Dan saya rasa, dengan kualiti yang ada pada beliau, Fellaini akan membantu Unai Emery dan pemain-pemain lain dalam skuad Arsenal.”

Unai Emery diberikan dana perpindahan yang terhad kerana mereka mahu pemain-pemain yang mereka beli dengan harga agak mahal sebelum ini digunakan dengan sebaiknya.

Selain daripada Fellaini, Unai Emery dikaitkan dengan Jean Michel Seri dan Morgan Sanson.

Robert Pires gembira apabila mendengar Arsenal merekrut pemain muda berbakat Yacine Adli dari PSG. Pires menyatakan tidak mustahil pemain itu akan mampu mengikut jejak langkah beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN