RASMI: Jose Mourinho Sah Dilantik Pengurus Tottenham

Jose Mourinho telah disahkan dilantik sebagai ketua jurulatih Tottenham Hotspur dengan perjanjian kontrak sehingga musim 2023.

Bekas pengurus Manchester United dan Chelsea itu menggantikan Mauricio Pochettino yang telah dipecat pada Selasa.

Rundingan di antara Spurs dan Mourinho – yang menganggur sejak meninggalkan Old Trafford pada Disember – giat dilakukan pada awal pagi Rabu untuk menyelesaikan segala terma dan syarat dalam kontraknya.

Perlawanan pertama Mourinho akan berlangsung di Stadium London pada Sabtu apabila Spurs akan berkunjung menentang lawan setempat, West Ham United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pochettino meninggalkan Tottenham ketika pasukan itu di tangga ke-14 EPL dan cuma menang lima perlawanan liga pada musim ini. disingkirkan oleh Colchester dalam saingan Piala Carabao serta dibelasah 7-2 kepada Bayern Munich dalam kempen UCL di tempat sendiri.

Pundit Sky Sports, Jamie Carragher berkata, Mourinho akan memberikan sesuatu yang tidak pernah diraih ketika pasukan itu di bawah bimbingan Pochettino iaitu kejuaraan.

“Kamu harus melihat kepada CV beliau, mungkin ada yang mempersoalkan kemampuannya termasuk ketika di Manchester United, tetapi sepanjang kariernya beliau telah meraih banyak kejayaan besar, itu yang Tottenham tidak ada sepanjang lima tahun ini.”

“Dengan apa yang telah Pochettino lakukan, mereka masih gagal untuk mendapatkan sebarang trofi, dan itu apa yang Jose Mourinho dapatkan apabila beliau pergi ke Spurs.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN