RASMI: Jodoh Sekadar 4 Tahun, Kedah & Aidil Sharin Kini Berpisah

Aidil Sharin Sahak kini tidak lagi bersama Kedah Darul Aman (KDA), apabila dirinya kini sah berpisah dengan pasukan tersebut setelah tamatnya saingan Liga Super 2022.

Prestasi yang kurang memberansangkan KDA pada musim ini dalam saingan Liga Super sebelum itu jelas membuatkan ramai penyokong tidak berpuas hati dengan kelab itu serta ada yang menuntut agar Aidil bertanggungjawab.

Untuk rekod saingan Liga Super 2022, KDA menamatkan cabaran saingan itu dengan berada di tangga kelapan dan gagal mengutip sebarang mata dalam lima perlawanan terakhir dihadapi mereka.

Untuk itu, KDA mengumumkan pihak pengurusan telah melantik Victor Andrag, Penolong Ketua Jurulatih yang akan terus berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Jurulatih (Interim) KDA untuk baki saingan Liga Malaysia.

Perkara itu diumumkan sendiri menerusi kenyataan rasmi pasukan tersebut di laman rasmi Facebook mereka sambil mengucapkan penghargaan buat bekas pengendali kelab itu.

“KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan khidmat Aidil Sharin Sahak bersama pasukan Kedah sepanjang 4 tahun di bumi jelapang padi dengan meninggalkan legasi dan rekod pasukan bolasepak Kedah muncul Juara Piala FA 2019, Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021, layak ke peringkat Separuh Akhir Zon Asean Piala AFC 2022.

“Ini termasuklah kejayaan membawa Kedah 3 tahun berturut-turut ke pentas Asia dengan layak ke perlawanan Play-Off Liga Juara-Juara AFC 2020 dan ke saingan Piala AFC pada tahun 2021 dan 2022.

“Ahli Lembaga Pengarah KDA FC memberi keutamaan perancangan kelab untuk musim 2023 dan mengumumkan untuk membawa haluan berbeza dengan Aidil Sharin Sahak, Ketua Jurulatih pasukan KDA FC untuk baki saingan Liga Malaysia musim ini.

“KDA FC mengucapkan selamat maju jaya dengan kerjaya kejurulatihan beliau di masa hadapan dan percaya pengalaman kejurulatihannya cukup berharga bagi mana-mana kelab di peringkat liga domestik dan Asean.

“KDA FC akan mengharungi kejohanan TM Piala Malaysia bermula 25 atau 26 Oktober ini menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Darul Aman dan bertandang ke halaman lawan pada 31 Oktober atau 1 November.

“Victor Andrag, Penolong Ketua Jurulatih akan terus berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Jurulatih (Interim) KDA FC untuk baki saingan Liga Malaysia,” jelas kenyataan tersebut di Facebook.

Kelibat Victor Andrag bukan lagi sesuatu yang asing apabila beliau juga telah menabur bakti dalam kejurulatihan KDA sejak begitu lama dan berjaya menaikkan ramai muka-muka baharu.

Saingan Piala Malaysia ini bakal menjadi tugas sulungnya selaku pengendali utama KDA, dan keputusan positif pastinya ditagih oleh para penyokong untuk melihat masa depan kelab itu kembali menyinar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN