RASMI: Inter Milan Umum Antonio Conte Sebagai Pengurus Baru

Inter Milan

Inter Milan secara rasminya melantik Antonio Conte menjadi pengurus baharu pasukan mereka menggantikan Luciano Spalletti yang dipecat semalam.

Spalletti dipecat selepas gagal membawa Inter Milan bersaing kejuaraan Serie A. Di mana Inter Milan tersingkir daripada persaingan sangat awal pada musim ini.

Walaubagaimanapun Inter Milan berterima kasih dengan Spalletti yang terus komited memabtu kelab itu untuk mara ke UCL musim hadapan meskipun sudah tersebar lebih awal berita beliau bakal disingkirkan.

Antonio Conte kali terakhir menjadi pengurus adalah dengan Chelsea. Pada musim pertama, Conte membantu Chelsea menjuarai EPL. Dan pada musim kedua Chelsea mendakap Piala FA.

Namun begitu, Conte dipecat kerana gagal membantu Chelsea ke UCL.

Laporan beberapa media di Itali sebelum ini menyebut perjanjian Conte dengan Inter Milan dimeterai 3 minggu yang lalu.

Antonio Conte baru sahaja menyelesaikan kes tuntutan pampasan beliau daripada Chelsea.

Terdapat khabar angin menyatakan Antonio Conte meminta Inter Milan mendapatkan beberapa pemain untuk beliau. 2 daripadanya ialah Victor Moses dan Romelu Lukaku.

Man. United menolak bidaan untuk Lukaku kerana mereka merasakan tawaran Inter Milan terlalu rendah. Inter mahu membayar £50 juta untuk Lukaku. United meminta sekitar £70-£80 juta untuk pemain dari Belgium tersebut.

Seperkara yang menarik adalah, Conte merupakan antara pengurus yang terawal dalam revolusi Juventus sehingga mereka kembali gah di Itali.

Antonio Conte menjadi pengurus kesayangan penyokong Juventus – ramai juga yang berharap beliau akan kembali ke Turin menggantikan Max Allegri. Conte juga merupakan pemain legenda pasukan Juventus.

Namun sebaliknya, Conte memilih Inter Milan. Maka, Derbi d’Italia pastinya menjadi lebih panas selepas ini.

Selamat kembali bertugas Antonio Conte.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN