RASMI: Inter Umumkan Cristiano Biraghi

Inter Milan melengkapkan perpindahan Cristiano Biraghi dari Fiorentina.

Pemain kebangsaan Itali ini beraksi di posisi bek kiri.

Ada beberapa laporan di Itali menyatakan pemain ini akan dipinjamkan semula ke Fiorentina untuk musim ini.

Ini kerana Inter dan Fiorentina sebelum ini dilaporkan ada berbincang tentang perpindahan secara pertukaran pemain dengan Henrique Dealbert.

Inter Milan membayar sekitar €12 juta untuk mendapatkan Biraghi.

Sebagai rekod Biraghi merupakan bekas pemain Inter. Dan melakukan debut dalam aksi UCL 2011/12 Bersama Nerazzurri.

Antonio Conte sangat cerewet dalam pemilihan bek sisi ataupun bek sayap. Ini kerana sistem permainan bek bertiga pilihan beliau memerlukan bek sayap yang efektif.

Dalam perkembangan lain, Inter Milan masih dalam proses untuk mendapatkan Alexis Sanchez.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN