Rasmi! Hasil Undian UCL, Spurs Sekumpulan Dengan Real Madrid Dan Dortmund

Juara bertahan Real Madrid diundi sekumpulan dengan Borussia Dortmund dan Tottenham dalam kumpulan H yang dianggap antara kumpulan sukar pada kali ini. axGareth Bale dan Luka Modric akan kembali beraksi di hadapan penyokong Spurs.

Barcelona pula diundi sekumpulan dengan Juventus Olympiakos dan Sporting CP dalam kumpulan D.

Selain daripada Spurs, sebuah lagi pasukan Inggeris iaitu Chelsea diundi sekumpulan dengan Atletico. Agak menarik untuk melihat pertarungan ini. Mana tahu Costa dijual ke Atletico dan beraksi di pusingan kedua selepas Januari kelak.

Kepulangan semula Liverpool, menyaksikan mereka diundi sekumpulan dengan Sevilla. Pasukan yang pernah menewaskan mereka dalam final Piala Europa 2 tahun yang lalu.

Perlawanan pertama UCL musim ini akan dimainkan pada 12 dan 13 Spetember. Berikut adalah undian penuh dalam UCL 2017/18.

Group A: Benfica, Manchester United, FC Basel, CSKA Moscow.

Group B: Bayern Munich, Paris Saint-Germain, Anderlecht, Celtic

Group C: Chelsea, Atletico Madrid, Roma, FK Qarabag

Group D: Juventus, Barcelona, Olympiakos, Sporting CP

Group E: Spartak Moscow, Sevilla, Liverpool, NK Maribor

Group F: Shakhtar Donetsk, Manchester City, Napoli, Feyenoord

Group G: Monaco, FC Porto, Besiktas, RB Leipzig

Group H: Real Madrid, Borussia Dortmund, Tottenham, APOEL Nicosia

Apa kata pembaca semuanyaBOLA, mana satu kumpulan yang anda rasakan kumpulan maut?

Sumber

ESPN – http://www.espnfc.com/uefa-champions-league/story/3182079/real-madrid-drawn-with-dortmund-and-tottenham-in-2017-18-champions-league-group-stage

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN