Anugerah UEFA: Ronaldo, Lieke Terbaik, Berikut Senarai Penuh Pemenang

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronald seperti sudah dijangka akan memenangi pemain terbaik tahunan UEFA mengatasi Lionel Messi dan Gianluigi Buffon.

Ronaldo memenangi kejuaraan UCL kali kedua berturut-turut bersama Real Madrid dan menamatkan saingan dengan 12 gol.

Ini adalah kemenangan ke-3 untuk Ronaldo dan lebih 1 anugerah berbanding dengan Lionel Messi.

Untuk anugerah pemain terbaik tahunan wanita UEFA pula dimenangi oleh pemain Barcelona dan Belanda, Lieke Martens.

Lieke mengatasi bintang Wolfsburg, Pernille Harder dan pemain tengah Lyon, Dzsenifer Marozsan.

Anugerah Khas Presiden FIFA pula dianugerahkan kepada Francesco Totti, yang bersara dari bola sepak di satu-satunya kelab beliau AS Roma. Totti kini menjadi pengarah AS Roma.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah UEFA 2017 berdasarkan posisi.

Penjaga gol terbaik: Gianluigi Buffon

Pertahanan terbaik: Sergio Ramos

Pemain tengah terbaik: Luka Modric

Penyerang terbaik: Cristiano Ronaldo

Nampaknya Real Madrid mendominasi carta pemenang untuk anugerah utama pada kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN