RASMI : Felda United Diturunkan Ke Liga Perdana 2018, PKNP FC Dan N.Sembilan Naik Liga Super 2018

Badan pengendali Liga Malaysia, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah mengesahkan bahawa pasukan Felda United akan diturunkan ke Liga Perdana Malaysia untuk musim 2018 selepas gagal mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Hal ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat FMLLP hari ini.

Sebelum ini, ketua jurulatih Felda United, B. Sathianathan mengakui bimbang mengenai kedudukan skuad itu ekoran kegagalan kelab mendapatkan lesen untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2018.

Sathia bagaimanapun tetap berharap FMLLP itu akan membuat keputusan yang terbaik dan memberi peluang kepada Felda United untuk terus kekal bersaing dalam liga super musim depan.

“Saya sebagai jurulatih sudah pasti bimbang dan berharap keputusan (mesyuarat) memihak kepada kami.

“Mungkin kami salah kerana gagal dapatkan lesen dan pada masa sama saya harap FMLLP akan memberi peluang beraksi dalam Liga Super dan memperbaiki segala kelemahan,” katanya.

Kevin turut mengesahkan bahawa T-Team, yang sekarang dikenali sebagai Terengganu II, turut akan diturunkan ke Liga Perdana selepas permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menjadikan pasukan itu sebagai ‘feeder club’ diluluskan.

T-Team FC atau Terengganu II dijadikan sebagai ‘feeder club’ untuk pasukan Terengganu 1 (Liga Super)

Berita ini juga bermakna bahawa Negeri Sembilan dan PKNP akan beraksi dalam kancah Liga Super musim depan, untuk menggantikan slot Felda United dan Terengganu II.

Negeri Sembilan akan kembali ke Liga Super buat kali pertama sejak 2013 manakala PKNP FC pula akan membuat penampilan pertama dalam Liga Super sejak penubuhan mereka pada tahun 2015.

Mengenai pasukan Terengganu, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah memohon kepada FMLLP untuk melakukan penstrukturan semula TFC II dengan menjadikan kelab berkenaan sebagai pasukan sokongan negeri (feeder club).

Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan lima pasukan baharu berada di bawah pengawasan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) iaitu Terengganu FC I (TFCI) yang beraksi di Liga Super, TFC II (Liga Perdana), TFC III (Piala Presiden), TFC IV (Piala Belia) dan TFC V (Piala KPM Bawah 17 Tahun).

Keputusan itu dicapai dalam Kongres Tahunan PBSNT dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

T-Team yang dibubarkan dan dikenali sebagai TFCII akan menjadi kelab pelapis kepada TFC I yang dibarisi pemain kelahiran Terengganu.

“Musim depan, hanya satu pasukan iaitu TFCI di bawah bimbingan ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan, Irfan Bakti Abu Salim akan beraksi dalam kancah Liga Super.

“TFCII yang dibarisi anak Terengganu akan menjadi kelab pelapis kepada TFCI bermain dalam Liga Perdana,” kata menteri besarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN