Wenger Akui De Gea Seorang Penjaga Gol Yang Hebat

Biarpun menguasai aksi dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Manchester United ketika saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, dua gol yang dilepaskan dalam tempoh 11 minit awal babak pertama jelas meragut peluang Arsenal untuk meraih tiga mata di depan penyokong sendiri.

Namun begitu, Wenger tetap mempertahankan persembahan anak didiknya sambil mengakui penjaga gol United, David de Gea turut menyumbang kepada kekalahan itu.

“Saya rasa De Gea ni datang dari planet lain. Dia bukan manusia tetapi makhluk asing. Setiap kali kami menyerang, beliau seolah-olah sudah tahu dimana arah tuju bola itu.

“Saya tidak tahu jika anda pernah melihat mana-mana aksi berkelas dunia yang mempunyai 33 percubaan tepat ke gawang lawan dan statistik itu menunjukkan bahawa kami dominasi aksi itu.

“Namun saya tetap kecewa kerana kami gagal meraih gol, meskipun menguasai perlawanan. Apapun, saya berbangga dengan sikap pemain yang tidak menyerah kalah dan berharap kami akan tampil lebih baik dalam aksi berikutnya,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Arsenal turun ke tangga kelima dengan 28 mata daripada 15 perlawanan, satu mata di belakang Liverpool dan 12 di belakang pendahulu Manchester City yang akan beraksi malam ini bertemu kepada West Ham.

Gambar kredit : Arsenal FC Official Twitter

Ketika The Gunners berusaha memburu gol penyamaan, pemain Manchester United, Lingard mengambil kesempatan meledak gol ketiga di minit ke-63 sekali gus menyaksikan Arsenal mengalami kekalahan pertama liga di halaman sendiri sejak Januari lalu.

“Saya rasa kami tidak bermula dengan baik terutamanya di bahagian pertahanan dan itu hakikatnya,” kata Wenger yang hanya menang dua kali dalam 19 pertemuan berdepan pengurus United, Jose Mourinho itu.

“Secara psikologi, ketinggalan 2-0 di awal permainan agak sukar untuk bangkit. Mungkin mental pemain juga terganggu dengan kejutan dua gol itu.

“Ia, kami bermain baik sepanjang perlawanan namun kesilapan mudah pemain akhirnya memakan diri. Kami tidak boleh membuat kesalahan seperti itu terutamanya dalam aksi penting,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN