RASMI: Federico Chiesa Sertai Juventus, Douglas Costa Kembali Ke Bayern

Juventus Fecerico Chiesa

Juventus telah sah berjaya mendapatkan pemain sayap muda Itali, Federico Chiesa secara pinjaman selama dua musim dengan perjanjian pembelian tetap sebanyak €50 juta (RM245 juta) hanya beberapa jam sebelum jendela perpindahan antarbangasa ditutup.

Pemain berusia 22 tahun tersebut yang juga merupakan anak kepada bekas pemain Fiorentina, Enrico Chiesa telah membuat 153 penampilan bersama kelab tersebut dan menjaringkan 34 gol sejak membuat debut pada 2016. Beliau juga telah mengumpul 19 kaps besama skuad kebangsaan Itali.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Juventus, rundingan pembelian Chiesa secara tetap tersebut adalah bernilai €40 juta dengan €10 juta bonud tambahan bergantung kepada prestasinya di kelab Turin tersebut sepanjang tempoh pinjamannya.

Bagaimanapun laluan Chiesa untuk merebut tempat utama dalam pasukan berdepan dengan cabaran daripada beberapa bintang utama seperti Cristiano Ronaldo, Paulo Dybala, Federico Bernardeschi dan juga pemain baharu, Alvaro Morata.

Dalam pada itu, Juventus telah melepaskan pemain sayap Brazil, Douglas Costa untuk kembali menyertai Bayern Munich secara pinjaman dan pemain bek sisi, Mattia De Sciglio pula juga dipinjamkan ke Olympique Lyonnais.

Juara Bundesliga lapan kali berturut-turut itu juga telah menyambar pemain bek kanan berusia 28 tahun, Bouna Sarr dari Marseille dengan kontrak selama empat tahun. Rungingan tersebut turut melibatkan perjanjian meminjamkan Michael Cuisance kepada kelab Perancis berkenaan.

Kredit Foto: Juventus

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN