RASMI: FA Selangor Umum Ketibaan Brendan Gan

Akhirnya pertanyaan mengenai hala tuju pemain tengah skuad Harimau Malaya, Brendan Gan terjawab selepas berbulan-bulan spekulasi akan destinasi seterusnya pemain itu.

Beberapa hari lalu, Brendan secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Perak.

Sebentar tadi, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) secara rasmi mengesahkan pemain kacukan Malaysia dan Australia itu adalah salah seorang pemain mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.

Suka cita diumumkan bahawa kini beliau sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2020.
.
Hantarkan ucapan anda kepada beliau dengan menggunakan hashtag #BrendanGanIsRED.
.
Swipe up story IG untuk baca artikel tentang beliau sekarang!
.
#BrendanGanIsRED
#RedGiants
#KitaAdalahSatu
#ItHasBGan
#SelangorPower

????? ???????????? ?? ???????? ?? ???????? ????? ?????? ???? ???? ??:-
Instagram: https://www.instagram.com/faselangormy/
Twitter: https://twitter.com/FASelangorMy
Facebook: https://www.facebook.com/FASelangorMy/

Posted by FA Selangor on Saturday, November 30, 2019

Melalui satu video eksklusif oleh FAS, Brendan dipetik sebagai berkata:

“Setiap hari saya bekerja keras, daripada saat bangun tidur sehingga ke akhir hari.

“Saya sentiasa bersedia untuk semua cabaran. Saya sentiasa memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Ianya tidak pernah mudah. Sekarang ia adalah cabaran baharu. Saya dahagakan kejayaan, saya mahu melakukannya bersama Selangor.

“Ketahuilah, ianya sudah bermula.”

Karier bola sepak Brendan Gan di Liga Malaysia bermula bersama Sabah, sebelum pemain itu berhijrah ke Kelantan.

Turut pernah mengalami kecederaan ACL sebanyak dua kali sepanjang kariernya, Brendan bangkit bersama Perak sehingga berjaya membantu pasukan itu muncul juara Piala Malaysia pada 2018.

Aksi konsisten Brendan Gan bersama Perak pantas mendapat perhatian Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang memanggil pemain itu untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Aksi bertenaga beliau ketika menentang Thailand adalah salah satu perlawanan yang masih menjadi sebutan penyokong bola sepak tanah air sehingga ke hari ini.

Buat Brendan Gan, selamat maju jaya kami ucapkan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN