Rasmi: Donnaruma Lanjutkan Kontrak Bersama Milan Sehingga 2021

Bintang muda sensasi AC Milan Gianluigi Donnarumma telah melanjutkan kontrak selama 4 tahun bersama kelab tersebut sehingga 2021. Kontrak semasa Donnarumma akan berakhir pada 2018.

Berita ini pastinya menggembirakan penyokong AC Milan di seluruh dunia. Sebelum ini, penjaga gol muda tersebut tidak mahu menyambung kontrak di Milan.

Hal tersebut semakin panas apabila ejen beliau, Mino Raiola yang memberitahu wartawan bahawa Donnarumma berhak bermain untuk kelab yang lebih besar. Kenyataan yang membuatkan penyokong AC Milan sangat marah.

Ini seolah-olah tidak menghormati prestij kelab yang berpangkalan di San Siro itu. Donnarumma turut dibaling dengan taburan duit palsu ketika kejohanan Euro B-21 di Poland sebelum ini.

Ianya protes daripada sekumpulan penyokong AC Milan di Poland sebaik sahaja mendengar pemain tersebut tidak mahu melanjutkan kontrak meskipun sudah ditawarkan gaji lumayan.

Poland memang antara negara yang memiliki ramai penyokong AC Milan. Selepas itu, akaun twitter Donnarumma digodam. Beliau meminta maaf kepada penyokong Milan di atas muat naik status provokasi yang bukan dari beliau.

Lebih menyakitkan hati penyokong Milan, Donnarumma tidak kembali ke AC Milan selepas kejohanan Euro B-21. Beliau bercuti bersama teman wanitanya.

Namun tidak lama selepas itu, Donnarumma memberitahu yang beliau masih mempertimbangkan kontrak baru di San Siro. Ia meredakan sedikit kemarahan penyokong.

Semalam, Kelab AC Milan dengan rasmi mengumumkan penjaga gol remaja tersebut setuju untuk menandatangani kontrak lanjutan di San Siro.

Mino Raiola tidak berada di AC Milan ketika pengumuman ini kerana sedang bercuti di Ibiza. Kontrak baru ini juga dikatakan di

Kenyataan rasmi kelab tersebut menyatakan yang AC Milan akan cuba sedaya upaya mengekalkan salah seorang pemain muda paling berbakat di dalam kelab mereka.

Donnarumma berjaya memecah masuk ke dalam senarai pasukan utama Milan ketika baru berusia 16 tahun. Beliau kini sudah bermain 70 perlawanan Serie A dan sudah ada 4 kaps senior dengan Itali.

Kontrak baru Donnarumma ini dikatakan ada klausa khas diminta Donnarumma. Beliau meminta AC Milan menandatangani abangnya dari Asteras Tripoli.

Ini bermakna, abang beliau, Antonio Donnarumma akan menjadi pemain baru ke-8 kelab tersebut dalam jendela perpindahan kali ini.

Apa komen penyokong Milan di Malaysia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN