RASMI: Derby Umumkan Wayne Rooney Sebagai Jurulatih-Pemain

Awal hari ini, nama Derby County menjadi perbualan hangat sekali lagi. Ini bukan mengenai siapakah menjadi pengurus mereka bagi menggantikan Frank Lampard.

Tetapi ia berkaitan dengan Wayne Rooney. Beliau telah pun rasmi diumumkan sebagai jurulatih-pemain di Derby County.

Kelibat

Rooney dilihat berada di sebuah lapangan terbang dekat London pada awal hari ini. Beliau dikatakan dalam perjalanan untuk bertemu pengurusan Derby County.

Derby atau dikenali sebagai The Rams dilaporkan menawarkan jawatan selaku jurulatih merangkap pemain. Mantan kapten England itu pernah mengakui untuk menjadi jurulatih pada masa hadapan.

Segalanya menjadi semakin hangat apabila Pengerusi Derby County – Mel Morris menyatakan bahawa mereka akan mendapatkan Rooney meskipun menyedari ada persaingan daripada kelab lain.

Selepas Lampard berhijrah ke Chelsea, kelab itu mengambil keputusan untuk melantik Phillip Cocu. Derby menewaskan Huddersfield Town sewaktu perlawanan pembukaan EFL Championship pada tempoh hari.

MANCHESTER, UNITED KINGDOM – NOVEMBER 03: Wayne Rooney of Manchester United celebrates after scoring a goal to make it 1-0 during the UEFA Champions League match between Manchester United FC and PFC CSKA Moskva on November 3, 2015 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Rooney, berusia 33 tahun pernah bersama Everton dan Manchester United. Beliau pernah memenangi pelbagai trofi bersama Manchester United.

Rooney akan memulakan kariernya di Derby County pada 1 Januari 2020. Beliau akan melapor diri kepada Cocu sebagai sebahagian staf kejurulatihan dan juga sebagai pemain.

Cocu mengakui teruja bekerjasama dengan Rooney sama ada sebagai jurulatih dan pemain. Cocu menyifatkan Rooney sebagai pemain luar biasa dan masih ada ‘peak’ di kakinya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN