RASMI: Danish Haziq Rekrut Terbaharu Buat Perak FC

Danish Haziq

Perak FC dilihat memperkuatkan jentera pertahanan mereka apabila membawa masuk bekas pemain UiTM FC, Muhammad Danish Haziq Saipul Hisham dengan perjanjian kontrak selama setahun.

Ia merupakan rekrut kedua buat Perak selepas skuad bimbingan Mehmed Durakovic itu turut berjaya mendapatkan penjaga gol muda, Muhammad Azri Abdul Ghani.

Kehadiran pemain kelahiran Seremban itu disahkan oleh Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menerusi pengumuman yang dibuat di laman Facebook Perak TBG, sebentar tadi.

Kemasukan pemain bek kanan berusia 23 tahun itu ke dalam pasukan bakal memberikan persaingan sihat buat pemain utama di posisi tersebut, Amirul Azhan Aznan.

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Perak dilihat bergantung harap kepada pemain yang lebih selesa berperanan sebagai pertahanan tengah, Mohd Idris Ahmad untuk beraksi sebagai bek kanan sekiranya Amirul Azhan mengalami kecederaan atau digantung perlawanan.

Sehubungan dengan itu, kehadiran pemain yang pernah membarisi skuad remaja kebangsaan ini mampu menjadi tambahan berkualiti dalam menambakan lagi kekuatan jentera pertahanan pasukan Perak bagi menghadapi saingan musim baharu.

Sebelum bersama UiTM FC pada musim 2020, Danish Haziq pernah menyarung jersi skuad Harimau Muda C dan Negeri Sembilan.

Ia merupakan indikasi jelas bahawa karier beliau kini semakin menunjukkan peningkatan dan amat menarik untuk melihat adakah Danish Haziq mampu untuk memenangi hati Mehmed Durakovic.

Kredit featured image: Facebook Perak TBG

Baca artikel lain dari kami mengenai Perak FC:

Azri Ghani Mahu Serlahkan Lagi Potensi Bersama Perak

Adly Shah: Persiapan Perak FC Berjalan Lancar, Kekalkan 80 Peratus Pemain Utama

Nama Perak FC Bakal Digunakan, Bukan Bos Gaurus FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN