Johor Darul Ta’zim (JDT) telah sah merekrut semula pertahanan berusia 30 tahun iaitu Daniel Ting selepas beliau berehat dari bola sepak sebentar.
Spekulasi melibatkan Daniel telah bermain untuk beberapa ketika dengan baru-baru ini beliau dikesan berada di Stadium Sultan Ibrahim ketika aksi JDT menentang Selangor.
Daniel menyertai JDT untuk kali kedua selepas sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan kedua Harimau Selatan pada 2016.
Daniel yang sebelum ini bermain untuk KL City, tidak menyambung kontraknya bersama-sama kelab ibu negara itu selepas beliau tidak mahu mengambil vaksin Covid-19.
Hal ini kerana pada waktu tersebut, adalah menjadi kewajipan untuk setiap pemain Liga Malaysia mengambil vaksin Covid-19 untuk terus beraksi.
Tetapi bagi Daniel beliau memilih untuk pulang ke England, dengan kelonggaran mengenai vaksin sudah dilaksanakan maka ini adalah masa yang sesuai untuk kembali.
Kehadiran Daniel adalah untuk mengiisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mauricio yang telah meninggalkan kelab tersebut.
Mauricio yang bersama-sama JDT selamat empat tahun menamatkan kariernya bersama Harimau Selatan dengan memperoleh lapan kejuaraan.
Nombor 33 yang ditinggalkan oleh Mauricio juga akan disarung oleh Daniel sepanjang berada di JDT.