Adakah Perubahan Daftar 26 Pemain Ke Piala Dunia 2022 Merupakan Langkah Bijak Oleh FIFA?

Piala Dunia FIFA

Satu lagi pembaharuan dibuat menjelang pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar selepas FIFA mengesahkan setiap negara bertanding menyenaraikan sehingga 26 orang pemain sebagai saiz maksimum sesebuah pasukan.

Perkara tersebut diumumkan oleh badan induk bola sepak dunia berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi yang telah disiarkan menerusi media sosial.

“Jumlah pemain yang boleh dimasukkan dalam senarai akhir telah ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya 23 dan maksimum 26,” menurut kenyataan tersebut.

Sebab utama keputusan tersebut dibuat adalah bagi menambah fleksibiliti kepada jadual kejohanan edisi kali ini memandangkan ia berlangsung di luar waktu rehat panjang kalender bola sepak Eropah.

FIFA juga memaklumkan ia juga mengambil kira impak jangka panjang pandemik Covid-19 yang tentunya memberi kesan kepada keseluruhan sistem bola sepak di seluruh dunia.

Perubahan tersebut jelas mendapat respon positif daripada kebanyakan warga bola sepak dan ia dilihat selari dengan peraturan baharu yang membenarkan pertukaran lima orang pemain dalam setiap perlawanan.

Ia menyamai apa yang telah dilakukan semasa kejohanan Euro 2020 pada tahun lalu selepas mendapat permintaan daripada jurulatih yang bimbang sekiranya terdapat pemain yang dijangkiti Covid semasa kejohanan berlangsung.

Minggu lalu, badan peraturan bola sepak IFAB telah meluluskan peraturan pertukaran lma pemain di semua peringkat liga bola sepak dan memaklumkan setiap pasukan juga boleh menyenaraikan sehingga 15 orang pemain simpanan berbanding 12 sebelum ini.

Kali terakhir FIFA membuat perubahan pada jumlah pemain adalah semasa Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan dengan menetapkan 23 orang pemain.

Sebelum itu hanya 22 orang pemain yang boleh disenaraikan di setiap kejohanan antarabangsa. Ini bermaksud FIFA melihat sukan bola sepak juga harus dilaksanakan transformasi mengikut peredaran zaman dan keperluan semasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN