Rasmi! Benzema Lanjutkan Kontrak Dengan Klausa Perlepasan Luar Biasa

Karim Benzema setuju untuk melanjutkan kontrak beliau 2 tahun lagi sehingga 2021. Kontrak semasa akan berakhir pada 2019. Dalam kontrak baru ini, Benzema menerima kenaikan gaji kepada £125,000 seminggu.

Sebelum ini 2 pemain sudah pun setuju dengan lanjutan kontrak baru iaitu Marcelo dan Asensio.

Paling menarik adalah klausa perlepasan Karim Benzema adalah bernilai €1 billion (£887juta) ataupun RM5.2 billion.

Karim Benzema akan tampil membuat kenyataan di dalam majlis rasmi berkenaan dengan kontrak baru beliau ini esok.

Karim Benzema sudah beberapa musim dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Santiago Bernabeu. Pasukan seperti Arsenal dan PSG antara yang pernah dikaitkan.

Benzema menyertai Real Madrid dari Lyon pada 2009 dan menjadi penyerang utama di kelab tersebut.

Benzema pada awal bulan ini sudah memberikan bayangan yang beliau akan terus kekal di Real Madrid selepas ditanya potensi beliau ke kelab lain selepas ini.

Beliau memberitahu yang dia sangat gembira di Real Madrid. Bercakap kepada BeIN Sports, Benzema berkata:

“Sebagai penyerang, apabila anda berada di dalam pasukan dan menjadi pemain utama, anda tidak perlu mencari pasukan lain. Lebih-lebih lagi apabila anda berada di kelab seperti Real Madrid.”

“Ianya bukan mudah untuk berada di sini kerana harapan penyokong sentiasa tinggi. Anda harus memulakan musim baru daripada bawah dan bekerja keras untuk kekal berada di atas.”

“Kami ada 6 atau 7 pemain yang sudah bermain bersama sudah 7 ataupun 8 tahun di sini. Rasanya kami semua beraksi dalam salah satu era terbaik Real Madrid. Pasukan ini sangat kuat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN