Zidane: “Kami Sudah Siapkan Senarai Tugasan Bola Mati, Tiada Masalah Berebut!”

Zinedine Zidane tidak percaya dengan sistem ‘gentleman agreement’ di antara pemain dalam menentukan tugasan mereka di dalam padang.

Sebelum ini, bekas rakan sepasukan beliau Christophe Dugarry bahawa, Unai Emery harus menggunakan kuasa pengurus beliau untuk menentukan siapa yang akan mengambil bola mati.

Ini termasuk, penalti, sepakan percuma, sepakan penjuru dan sebagainya. Ianya untuk mengelakkan pemain berebut dan menjadi tidak harmorni di dalam padang.

Bercakap kepada wartawan, Zinedine Zidane memberitahu kepada wartawan yang beliau sudah menyediakan senarai tugasan (designated order) kepada semua pemain untuk tugasan di dalam padang termasuk bola mati.

Zidane tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang insiden Neymar dan Cavani tetapi beliau memberitahu bahawa di dalam kem Madrid perkara itu beliau sudah tentukan ketika hari persediaan perlawanan.

Dalam pasukan Real Madrid, mereka ramai pemain yang boleh melakukan tugasan seperti sepakan percuma. Pemain seperti Ronaldo, Modric, Sergio Ramos, Gareth Bale, Toni Kroos antara yang boleh dikira pakar bola mati.

“Kami sudah menyediakan senarai tugasan di dalam perlawanan. Jadi kami semua tahu siapakah yang akan mengambil tugasa penalti mahupun sepakan penjuru.”

“Tetapi, jangan salah anggap. Saya bukan bercakap tentang PSG, saya cuma bercakap tentang pasukan saya.”

Real Madrid akan turun menentang Real Betis hari ini. Selepas 4 perlawanan, Real Madrid berada di tangga ke-4. Ianya selepas Real Madrid menang 2 perlawanan dan seri 2 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN