RASMI: Barcelona Tewaskan PSG Dalam Perebutan Frenkie De Jong Dengan Transaksi Bernilai €75 Juta

Barcelona dan Ajax Amsterdam itu 2 nama yang sangat sinonim. Boleh dikatakan, jika Barcelona mahukan pemain Belanda terutama sekali dari Ajax, mereka akan mendapatnya. Ini kerana sejak dari dulu seperti berlaku satu ‘kontrak’ tidak tertulis di antara mereka.

Barcelona menggelar ia sebagai salah satu tradisi kelab mereka. Di mana ‘connection’ dengan Belanda terutamanya Ajax Amsterdam itu sangat kuat.

Terbaru, Barcelona mengumumkan bahawa mereka mencapai kesepakatan untuk mendapatkan pemain tengah Ajax, Frenkie De Jong. Sebelum ini Barcelona disaingi hebat oleh PSG.

Barcelona mengesahkan bahawa harga pemain tersebut adalah €75 juta dengan €11 juta lagi potensi bonus. Sekaligus menjadikan beliau pemain Belanda paling mahal dalam sejarah.

Selain Ajax, 2 pasukan akan menerima bonus pembangunan pemain. Willem II dijangka menerima sekitar €7 juta dan RKC Waalwijk akan menerima €4 juta – angka yang lebih tinggi daripada perbelanjaan semusim Waalwijk setakat ini.

De Jong setuju dengan kontrak 5 tahun sehingga musim 2023/2024. Namun begitu, De Jong hanya akan menyarung jersi Barcelona pada musim hadapan.

Buat masa ini Barcelona sudah mendapatkan Kevin Prince Boateng secara pinjaman untuk baki musim ini. De Jong akan menamatkan baki musim ini bersama dengan Ajax Amsterdam.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu dan CEO kelab – Òscar Grau terlibat secara peribadi dalam urusan perpindahan ini. Kejayaan itu dikongsikan oleh Barcelona dengan peminat mereka menerusi akaun sosial rasmi kelab mereka.

Frenkie De Jong adalah pemain tengah serba boleh yang berusia 21 tahun. Beliau sudah beberapa kali bermain untuk negaranya. De Jong memiliki kekuatan dalam membaca permainan serta melakukan hantaran pembunuh.

De Jong boleh bermain sebagai no.6, no.8 dan juga no.10. Namun pilihan utama beliau adalah perancang tengah – peranan lebih ofensif.

Frenkie De Jong seringkali dikaitkan dengan mendiang Johan Cruyff. Pemain yang lincah serta menjadi konduktor kepada pasukan di tengah padang.

Dalam kenyataan yang sama, Barcelona menyatakan: “Tambahan terbaru dalam skuad Barcelona ini menjadi kesinambungan
sejak dahulu secara tradisi – pemain Belanda yang berjaya di Barcelona, mengimbas kembali pemain terhebat Johan Cruyff pada 1973, termasuk pemain penuh gaya, Ronald Koeman, Patrick Kluivert, Frank de Boer dan penjaga gol pasukan utama pada hari ini – Jasper Cillessen.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN