Kelantan Ikat Pemain Tengah Skuad Kebangsaan Afghanistan

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) hari ini mengumumkan mereka telah menandatangani kontrak dengan pemain tengah dari Afghanistan, Mustafa Zazai selama setahun bagi mengharungi musim baharu Liga Malaysia.

Pemain yang berusia 26 tahun ini merupakan pemain skuad kebangsaan Afghanistan dan mempunyai 20 penampilan bersama pasukan negaranya serta merekodkan dua jaringan di peringkat antarabangsa.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas beraksi di eropah dengan beberapa kelab Jerman seperti VFB Lubeck, FC St Pauli, TSG Neustrelitz, Luneburger SK Hansa dan serta merupakan produk daripada akademi kelab terkemuka di sana, Hamburger SV.

Kelab terakhirnya sebelum menjejakkan kaki ke Kota Bharu adalah Phrae United (Thailand) yang beraksi dalam saingan liga divisyen 3 Thailad pada musim 2018.

Menurut sumber, kehadiran beliau juga menandakan khidmat pemain import dari Jepun, Yuta Suzuki tidak disambung ekoran prestasi yang kurang memuaskan dalam aksi pra musim.

Kehadiran pemain ini adalah hasil daripada kerjasama KAFA dengan wakil penaja iaitu syarikat minuman susu kultur probiotik, Yakult.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan baru-baru ini berkata beliau akan berjumpa dengan wakil syarikat berkenaan bagi membincangkan mengenai prestasi Suzuki.

“KAFA telah menghantar laporan prestasi pemain tengah kelahiran Jepun itu kepada Yakult untuk diteliti dan diambil tindakan selanjutnya.

“Kami harap mereka (Yakult) dapat mempertimbangkan laporan kami dan membuat keputusan yang menguntungkan semua pihak,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN