RASMI: 46 Kaps Bersama Tajikistan, Kedah Perkenal Import Pertama Untuk Musim 2023

Kedah Darul Aman (KDA) tampil selaku antara pasukan yang kini sedang giat mempersiapkan para pemain untuk saingan musim hadapan menerusi beberapa rombakan telah dibuat.

Terbaharu, pasukan tersebut sah mengikat pemain import baharu mereka beraksi di posisi tengah iaitu Amirbek Jurobaev yang sebelum ini beraksi dalam saingan liga di Filipina.

Perkara itu disahkan sendiri menerusi laman rasmi KDA sebentar tadi dengan memperkenalkan pemain tersebut buat para penyokong Sang Kenari.

Menurut laman tersebut, Amirbek bakal mengisi kuota pemain import Asia dan berasal dari Dushanbe, Tajikistan dengan sebelum ini pernah mewakili United FC di Filipina.

“Selamat datang Amirbek Jurobaev ke bumi Jelapang Padi! Pemain import pertama di umum kan ini bakal mengisi kuota Asia pasukan Sang Kenari berusia 26 tahun berasal dari Dushanbe, Tajikistan.

“Musim lepas beliau mewakili United City FC (Liga Filipina) dan juga merupakan pemain kebangsaan Tajikistan sejak tahun 2014.

“Kehadiran Amirbek sudah pasti memperkukuhkan bahagian tengah Sang Kenari dan nombor 6 menjadi pilihan beliau di musim 2023,” jelas kenyataan tersebut.

Sebelum ini, KDA sah telah pun menggugurkan lima pemain import mereka dalam usaha untuk menstrukturkan kembali kelab untuk membawa cabaran baharu musim depan.

Lima pemain import tersebut merupakan Dechi Marcel, Marc Vales, Sanrawat Detchmitr, Mahmoud Al-Mardi, serta penyerang sensasi, Ronald Ngah Wanja.

Selain Amirbek, dijangka seorang lagi pemain import yang bakal beraksi di posisi tengah bakal menyertai KDA iaitu Manny Ott.

Ott yang sebelum ini beraksi bersama Terengganu bawah kendalian Nafuzi Zain antara nama pemain baharu yang bertiup kencang akan turut menyertai KDA musim depan untuk memenuhi kuota Asia Tenggara.

Setakat ini, KDA telah pun menandatangani seorang khidmat pemain tempatan sahaja iaitu Kalamullah Al-Hafiz yang beraksi di posisi penjaga gol.

Kalamullah yang sebelum ini beraksi bersama Petaling Jaya City (PJ City), mempamerkan persembahan cukup cemerlang semalam untuk membantu skuad kebangsaan mencatat kemenangan besar 4-0 untuk atasi Kemboja dalam perlawanan persahabatan.

Dijangka pasukan tersebut akan terus giat menandatangani beberapa lagi khidmat pemajn tempatan dalam usaha untuk tampil lebih baik berbanding musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN