Penyerang Manchester United, Marcus Rashford dilihat berada pada landasan tepat untuk kembali menyerlah pada musim akan datang setelah tampil positif dalam aksi baru-baru ini sewaktu menewaskan Liverpool dalam aksi pra-musim.
Menurut Rashford, kini beliau bersedia untuk memulakan musim baharu dengan lebih positif bawah kendalian Pengurus United, Erik Ten Hag.
🔴 @MarcusRashford is raring to go ⚡️#MUFC || #MUTOUR22
— Manchester United (@ManUtd) July 14, 2022
Musim lalu boleh dikatakan sesuatu yang agak malap buat pemain ini untuk menonjolkan sesuatu di atas padang apabila tidak begitu menyerlah bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick.
Untuk rekod musim lepas, Rashford hanya mencatatkan lima gol sahaja dan paling malang, beliau kehilangan tempat untuk beraksi di pentas kebangsaan bersama England.
“Untuk saya, musim akan datang ini sesuatu permulaan kembali kepada saya untuk terus mencongak ke hadapan.
“Dua minggu pertama latihan bersama pasukan dilihat berjalan lancar. Kami telah menjadi semakin baik dan tahap kecergasan juga sangat positif berbanding sebelum itu.
“Kami ada banyak ruang untuk meningkatkan prestasi. Saya berada di tempat yang betul sekarang. Saya berkeyakinan untuk mendapat lebih banyak permainan selepas ini serta bersedia untuk musim akan datang.
“Ianya mudah untuk membuat sebarang kesilapan dalam pasukan yang sentiasa menang.
“Secara individu, itu merupakan perkara yang sama. Ianya mudah untuk kembali lebih baik dan kembali meningkatkan keupayaan diri bila kamu membuat kesilapan dalam pasukan yang sentiasa menang.
“Kecuali jika kamu tewas, ia akan menjadi sukar,” terang Rashford menerusi ESPN.
💬@MarcusRashford: "[Friday's game will be an] amazing experience.
"It's not often we play teams from Australia but we have to approach the game with the right mindset and mentality."#MUFC || #MUTOUR22 pic.twitter.com/onyCEuqzPZ
— Manchester United (@ManUtd) July 14, 2022
Rashford menghabiskan cuti musim panasnya dengan membuat latihan di ibu pejabat Nike, Amerika Syarikat. Beliau juga menjadi antara individu terawal yang kembali ke Carrington bagi latihan pra-musim.
Pemain tersebut menyimpan hasrat untuk merebut posisinya bersama skuad kebangsaan untuk saingan Piala Dunia di Qatar dan positif biarpun tidak terpilih pada bulan Jun lalu dalam saingan Nations League.
Dalam masa sama, Ten Hag juga menganggap Rashford sebagai suatu simbol pada kejayaan akademi kelab tersebut.
Working it 🔋
👊 @MarcusRashford #MUFC pic.twitter.com/322O6vLgiy
— Manchester United (@ManUtd) June 24, 2022
“Saya rasa Manchester United mempunyai banyak potensi bersama pemain yang bagus. Kita ada ramai pemain berpengalaman serta pemain muda berbakat besar.
“Sekarang masanya untuk mengeluarkan potensi tersebut dan memerlukan kerja lebih keras.
“Manchester United sangat terkenal, dan Rashford salah satu daripadanya. Dia merupakan simbol buat akademi dan akan ada lebih ramai pemain pelapis berbakat besar selepas ini,” jelas Ten Hag.
Selain itu, pengurus tersebut juga mengesahkan status Harry Maguire kini sudah pun pulih dan bersedia diturunkan pada perlawanan menentang Melbourne Victory setelah mengalami kecederaan.