Kecederaan Panjang Jadi Punca Mengapa Buschening Tidak Kekal Bersama Kedah

Bekas pemain import serangan Kedah Darul Aman (KDA), Dennis Buschening antara yang digugurkan pada musim ini selain Jang Suk-won dari Korea Selatan kerana masalah kecederaan dialami.

Pemain dari Thailand itu bermula dengan sangat baik sejak perlawanan pra-musim serta awal saingan Liga Super sebelum direhatkan kerana masalah kecederaan dialami beliau sehingga memerlukan KDA menggantikan khidmat Dennis.

Terbaharu, Dennis telah pun mengeluarkan satu kenyataan yang disiarkan oleh media rasmi KDA untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong serta memberitahu punca beliau terpaksa berpisah bersama kelab.

Menurut kenyataan tersebut juga, Dennis dengan perasaan bangga mengucapkan tahniah buat KDA kerana melangkah ke pusing separuh akhir Zon Asia tenggara Piala AFC 2022.

“Pertama kali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir zon Asia Tenggara dalam saingan Piala AFC.

“Saya begitu bangga untuk melihat persembahan anda semua yang sangat baik dalam kejohanan tersebut.

“Saya juga nak mengucapkan terima kasih kerana menjadikan saya sebagai salah seorang ahli keluarga Kedah.

“Sedikit sedih apabila tidak banyak saya mampu sumbangkan buat pasukan kerana masalah kecederaan Achilles dialami. Ini adalah kehidupan, saya perlu terus melihat ke hadapan,” jelas Dennis dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, Dennis juga berharap agar rakan sepasukan mampu terus memberi yang terbaik dalam setiap perlawanan dan latihan seperti dipamerkan di pentas Piala AFC.

Pemain tersebut melaungkan keyakinan KDA mampu untuk kembali berada pada landasan terbaik pada pusingan kedua Liga Super 2022 ini.

Dalam masa sama, Dennis turut mengucapkan kata-kata semangat buat pemain import baharu KDA dan mengucapkan terima kasih kepada semua pemain, staf, dan rakan pengurusan.

“Untuk import terbaharu KDA, saya ucapkan yang terbaik buat anda semua. Kekal sihat dan harap semuanya baik sahaja.

“Terima kasih saya ucapkan kepada rakan pemain, kejurulatihan, staf, serta rakan pengurusan kelab atas jasa anda,” kata Dennis.

Untuk rekod, Dennis berjaya menghasilkan satu gol dan satu bantuan gol daripada dua aksi sempat dilalui beliau bersama KDA dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Tempat beliau kini diisi oleh rakan senegara Dennis iaitu Sanrawat Detchmitr yang beraksi di posisi tengah dan berjaya memberi impak positif dalam kalangan penyokong ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN