Skuad Harimau Malaya naik satu anak tangga dalam senarai ranking terkini oleh FIFA seperti yang diumumkan pada hari ini.
Skuad kendalian Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe kini berada di kedudukan ke-158 dunia, berbanding kedudukan ke-159 sebelum ini.
Sepanjang tempoh sebulan yang lalu, pasukan negara beraksi dalam tiga perlawanan antarabangsa.
Tewas 0-1 kepada Jordan dalam perlawanan persahabatan, pasukan negara kemudiannya menewaskan Indonesia 3-2 dalam perlawanan penuh epik untuk pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, di Stadium Gelora Bung Karno.
Ranking Harimau Malaya | 19 September 2019
Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 158 dunia,…
Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, September 19, 2019
Pasukan negara kemudiannya terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 kepada Emiriah Arab Bersatu dalam satu lagi perlawanan kelayakan di Stadium Bukit Jalil, selang beberapa hari selepas itu.
Secara keseluruhan, Malaysia mengutip enam mata dari satu kemenangan yang dicapai ke atas Indonesia.
Skuad Garuda pula jatuh sehingga tujuh anak tangga selepas tewas dua perlawanan kelayakan kepada Malaysia dan Thailand untuk berada di tangga ke-167 dunia.
Lawan Malaysia seterusnya di pusingan kelayakan Piala Dunia, Vietnam pula jatuh dua anak tangga – namun hanya melalui satu perlawanan – selepas seri 0-0 menentang Thailand dalam pertandingan yang sama.
Thailand turut mendaki satu anak tangga di dalam senarai tersebut di kedudukan ke-114, selepas mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Indonesia dan seri menentang Vietnam tempoh hari.