Piala Malaysia 2019: Terengganu Mampu Tumbangkan JDT

Selepas berjaya menamatkan saingan Piala Malaysia di peringkat kumpulan di tangga teratas, jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kini giat mempersiapkan pasukannya bagi menghadapi perlawanan suku akhir pertama bertemu Terengganu FC (TFC).

Sekalipun berjaya menamatkan enam perlawanan dalam kumpulan B dengan rekod tanpa kalah, jurulatih berusia 40 tahun itu mengakui pasukannya tidak boleh memandang rendah kemampuan TFC.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan musim ini dalam kempen Liga Super menyaksikan mereka terikat dengan dua keputusan seri iaitu 2-2 di Kuala Terengganu dan 3-3 dalam perlawanan terakhir liga di Larkin.

Mora menambah, menjelang pertemuan pertama di Kuala Terengganu pada Sabtu ini, JDT perlu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah kerana TFC merupakan pasukan yang bijak mengambil kesempatan ke atas sebarang kelekaan lawan mereka.

Cabaran sukar itu menurutnya mampu membuatkan JDT menerima padah sekaligus menyukarkan tugasan mereka dalam perlawanan timbal balik di tempat sendiri pada minggu berikutnya nanti.

“JDT akan cuba bermain dengan cara kami dan mengelak daripada melakukan kesilapan mudah ketika di Terengganu dan beraksi cemerlang untuk perlawanan di Larkin nanti,” kata Mora semasa ditemubual wartawan Stadium Astro selepas perlawanan.

Sementara itu, pengendali sementara TFC, Nafuzi Zain optimis anak buahnya mampu mengejutkan juara Liga Super enam kali berturut-turut itu kerana mempunyai rekod yang baik berdepan JDT.

Kredit Foto: Teganukita

Dalam kejuaraan sama pada tahun lepas, Terengganu telah menyingkirkan pasukan gergasi dari selatan itu di peringkat separuh akhir.

Terengganu yang garang dalam pusingan pertama peringkat kumpulan dengan mencatat tiga kemenangan berturut-turut terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir sebelum mampu mengesahkan tempat di peringkat suku akhir selepas mereka tewas dua perlawanan sebelum ini.

“Kami harus mengakui JDT adalah pasukan terbaik di Malaysia. Terengganu akan hadir sebagai pasukan bukan pilihan dan kami akan berusaha untuk mengulangi pencapaian tahun lalu,” kata Nafuzi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN