Rangkuman Sesi Dialog FAM Bersama Penyokong Dan Media

Sebentar tadi telah berlangsung sesi dialog FAM bersama dengan penyokong dan media.

Ianya sempena Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali Pertama FAM pada hari ini, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan untuk mengadiri sesi dialog tersebut.

KreditL Football Association of Malaysia (Official). Tunku Ismail, Tunku Mahota Johor menjawab soalan penyokong.

Sesi dialog secara berhadapan buat julung kali diadakan di negeri di bawah bayu itu jelas mendapat sambutan. Penyokong bola sepak tanah air datang dari seluruh pelusuk daerah negeri Sabah sehingga ada yang datang dari Telupid.

Ini rangkuman sesi pertemuan dan dialog di antara penyokong dan Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Rasuah

Menjawab soalan awal, Tunku Ismail mengesahkan hasil mesyuarat hari ini, 6 bekas pemain negeri Sabah FA yang digantung seumur hidup kerana penbambitan rasuah dilepaskan oleh FAM secara serta-merta.

Pada tahun 1995, ketika isu rasuah melanda bola sepak negara, Matlan Marjan, Matusin Bowie, Junaidi Tuah, Gerard Mojilin, G. Ravechandran dan Charles Tindi disabitkan bersalah menerima rasuah.

Kesemua 6 pemain tersebut dibuang negeri dan digantung  pembabitan daripada bola sepak sejak tahun 1995.

Skuad Sabah FA 1995.

Menjawab soalan dalam sesi yang sama, Tunku Ismail turut memberi amaran tidak akan bertolak ansur dengan pemain bola sepak yang mengamalkan rasuah.

FAM akan bekerjasama rapat dengan SPRM dan pihak polis dalam memastikan isu ini dibanteras. Baginda berkata demikian ketika ditanya soalan berkaitan isu rasuah yang melanda pasukan MISC-MIFA baru-baru ini.

Skuad Kebangsaan

Dalam satu soalan membabitkan skuad kebangsaan, Tunku Ismail turut mengesahkan perlawanan persahabatan membabitkan pasukan Harimau Malaya tidak akan tertumpu di Kuala Lumpur.

Perlawanan akan diadakan di setiap ibu negeri bagi memberi peluang kepada peminat bola sepak di seluruh negara menyaksikan pasukan kebangsaan beraksi.

Kredit: Football Assoxiation of Malaysia (Official). Tunku Ismail Sultan Ibrahim melawat Stadium Likas sejurus sesi dialog.

Langkah ini juga adalah untuk membolehkan FAM memantau fasiliti dan prasarana di setiap negeri agar berada di dalam keadaan yang sepatutnya.

Tunku Ismail turut bertitah agar nama Harimau Malaya tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak atau mewujudkan sentimen anti semenanjung.

Baginda bertitah Harimau Malaya hanyalahsatu nama dan fokus haruslah kepada membina struktur yang ada di dalam Harimau Malaya.

Ketua Jurulatih

Soalan berkenaan Mario Gomez dan siapa akan menjadi ketua jurulatih kebangsaan yang seterusnya pasti tidak lari dari bibir penyokong.

Menjawab soalan daripada seorang penyokong, Tunku Ismail mengesahkan nama Mario Gomez sudah tidak ada dalam senarai FAM.

Buat masa ini, beberapa calon dari luar negara sedang disenarai pendek dan FAM tidak mahu tergesa-gesa dalam pemilihan.

Ini untuk memastikan calon yang benar-benar layak dan faham akan bola sepak tanah air menjawat jawatan itu kemudian hari.

Kiatisuk Senamuang

Menjawab soalan kemungkinan bekas pengendali Thailand, Kiatisuk Senamuang untuk dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya, Tunku Ismail berpendapat Kiatisuk bukanlah calon yang sesuai untuk Harimau Malaya.

Baginda mengaku ada berbual dengan “Zico” Thailand melalui perbualan telefon. Kiatisuk menyatakan kepada Baginda, minat beliau sekarang ialah untuk melatih kelab.

Pengadil

Dalam sesi dialog bersama penyokong tersebut, Tunku Ismail turut menjelaskan usaha menambahbaik mutu pengadilan di Malaysia.

Sistem VAR

Anatara usaha yang sedang dikaji ialah pelaksanaan VAR dan pengambilan pakar daripada England untuk tujuan latihan kepada pengadil tempatan di Malaysia.

Usaha untuk menghasilkan pengadil profesional juga sedang diteliti.

Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA)

Seperti yang dijangka, kunjungan Baginda ke Sabah pada kali ini pasti akan berhadapan dengan luahan tidak puas hati daripada penyokong Sabah terhadap pengurusan SAFA.

Tunku Ismail telah memberi amaran kepada pengurusan SAFA untuk serius dalam kerja mereka.

Baginda turut bertitah agar SAFA memberi peluang kepada muka-muka baru yang benar-benar komited membangunkan bola sepak negeri Sabah.

Mengulas isu hubungan pihak pengurusan dengan penyokong, Tunku Ismail telah mencadagkan kepada SAFA untuk melantik seorang pengarah teknikal.

Baginda mencalonkan bekas import terkemuka Sabah, Scott Ollerenshaw untuk jawatan tersebut.

Kredit: Sabahup2date.com. Skuad Sabah FA 2017.

Namun ia adalalah sekadar cadangan dan kata putus masih lagi milik FAS.

Tunku Ismail turut mendorong syarikat swasta dan kerajaan negeri membantu SAFA dalam bentuk kewangan memandangkan SAFA adalah pasukan yang memerlukan perbelanjaan yang besar setiap kali bermain di tempat lawan.

Tunku Ismail jelas dan faham akan perasaan tidak puas hati penyokong Sabah pada masa ini.

Lesen AFC

Antara kriteria untuk sesebuah kelab untuk memiliki lesen AFC ialah untuk memiliki prasarana seperti stadium sendiri.

Menjawab satu soalan daripada seorang penyokong, pemberian lesen oleh AFC adalah mustahil jika kriteria utama ini tidak diselesaikan terlebih dahulu.

Tunku Ismail turut mencadangkan agar campur tangan kerajaan negeri sebagai pemudahcara menganugerahkan pemilikan stadium kepada persatuan bola sepak negeri masing-masing.

Kredit: Johor Southern Tigers

Walaupun pemilikan stadium diberi kepada persatuan bola sepak negeri, kerajaan tetap berperanan mengambil tanggungjawab dalam hal penyelenggaraan stadium. Ini adalah model yang digunakan oleh pasukan JDT pada masa ini.

Tunku Ismail tidak melihat mengapa kerajaan negeri lain tidak boleh melakukan perkara yang sama.

Isu Kewangan Kelab Dan Persatuan 

Antara cabaran FAM dalam era baru ini adalah untuk mendidik persatuan negeri untuk membelanjakan wang dengan cara yang betul.

Misalnya, lebih baik untuk melabur kewangan persatuan ke atas prasarana latihan berbanding untuk mendapatkan pemain import yang bergaji mahal.

Tunku Ismail turut menegaskan FAM akan membantu persatuan negeri yang berminat untuk memperkenalkan ejen pemain import yang berdaftar.

Ini adalah untuk mengelakkan persatuan negeri dan kelab ditipu dengan kualiti import yang mereka perolehi dari ejen yang tidak sah.

Penamatan kontrak pemain import yang tidak menunjukkan persembahan yang dikehendaki, hanya akan merugikan persatuan negeri dan kelab apabila terpaksa membayar sejumlah pampasan.

Piala Dunia 2026 Dan NFDP

Mengulang pendirian Baginda sebelum ini, Tunku Ismail berpendapat Piala Dunia 2026 adalah sasaran yang realistik.

“Kita memiliki sistem pembangunan bola sepak antara yang terbaik di rantau ini. Saya percaya kita memiliki sistem yang lebih baik daripada Myanmar, Cambodia, Indonesia atau Filipina. Mengapa tidak kita optimis untuk layak ke Piala Dunia 2026?”. Titah Baginda.

Kredit: Planet Bola

Bagaimanapun Baginda mengaku belum jelas akan program NFDP di seluruh negara dan akan menghadiri seminar berkenaan dalam masa terdekat untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Liga Bola Sepak Rakyat

Menjawab satu soalan berkenaan Liga Bola Sepak Rakyat, Tunku Ismail menjelaskan bahawa baginda tidak punyai masalah berkenaan penganjuran pertandingan berkenaan.

Namun begitu, Baginda bertitah agar pihak penganjur memohon bantuan SPRM untuk memantau perjalanan liga. Ini adalah penting memandangkan penyertaan dalam pertandingan ini adalah besar.

Sebarang aktiviti rasuah atau mengatur perlawanan hendaklah dibendung di peringkat ini sebelum ia merebak ke tahap yang seterusnya.

Kepimpinan FAM Dan Poliitik

Sebagai Presiden FAM yang baharu, Tunku Ismail menegaskan bahawa Baginda adalah seorang presiden yang sangat komited. Sebagai presiden yang komited, Baginda turut mengharapkan perkara yang sama kepada pasukan kepimpinan baharu di FAM dan persatuan negeri.

Adalah harapan Baginda semua pihak berkepentingan boleh bekerjasama sebagai satu pasukan demi kemajuan bola sepak negeri.

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambai ke arah penyokong ketika turun padang bagi memberi sokongan kepada Pasukan Kebangsaan Harimau Malaya pada final kedua Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil disini, hari ini.
–fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Menjawab satu soalan yang berlainan, Tunku Ismail menegaskan Baginda tidak gemar akan politik di dalam strutur bola sepak di Malaysia.

Baginda berharap agar kabinet dibawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Kemeterian Belia dan Sukan (KBS) dapat menggariskan satu dasar akan pembabitan ahli politik dalam sukan bola sepak.

Komited

Apa yang pasti, Tunku Ismail akan terus komited meneruskan agenda melakukan transformasi bola sepak negara.

Kredit:Kredit: Football Assoxiation of Malaysia (Official).  Tunku Ismail Ibni Sultan Ismail sempat menurunkan atutograf.

Semoga usaha Baginda membuahkan hasil dan harapan rakyat Malaysia menyaksikan skuad kebangsaan beraksi di dalam Piala Dunia menjadi satu realiti.

Jelas ini masa untuk semua pihak bekerja keras agar harapan menjadi satu realiti!

Baca juga :FAM Akan Bayar RM9 Juta Kepada Pasukan-Pasukan Liga M Minggu Hadapan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN