Wan Zaharulnizam Watak Penting Kebangkitan Pahang Di Kota Bharu

Kepulangan Wan Zaharulnizam ke Kota Bharu kali ini agak emosi. Mana tidaknya, beliau akan menentang bekas pasukan beliau.

Separuh masa pertama

Ghaddar menguji pertahanan Pahang dengan larian solo seawal minit ke-6. Pahang agak bergelut pada awal perlawanan.

Kelantan berjaya mendahului pada minit ke-15 menerusi Ghaddar selepas mudah menewaskan garisan pertahanan Pahang yang sedikit terlena.

KELANTAN- Kelantan player, Muhammad Ghaddar Malaysia Super League/ Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my

Selepas gol Ghaddar, Kelantan lebih banyak bertahan dengan 9 atau 10 pemain di belakang bola. Mereka berjaya meneutralkan serangan Pahang.

Indra Putra dilayangkan kad kuning pada minit ke-29. Kurang seminit selepas itu, Muslim Ahmad pula dilayangkan kad kuning.

Minit ke-32, Afif Amiruddin dilayangkan kad kuning selepas menerjah Khairul Izwan yang berada di kawasan sendiri. Jauhnya kad kuning itu dicipta seorang pemain bek tengah dalam open play.

Perlawanan kemudian agak tersekat-sekat di kawasan tengah dengan kedua-dua pasukan bergelut untuk masuk ke dalam kotak penalti.

Banyak cubaan hanya dari luar kotak penalti oleh kedua-dua pasukan.

Minit ke-43, Jae Won melakukan sepakan percuma kencang. Cubaan ditepis oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Minit akhir separuh masa pertama, tandukan deras Azam Azih dikeluarkan pemain terbaik separuh masa pertama, Danso. Tindakan susulan Solomon Raj, jauh ke bulan.

Separuh masa kedua

Bermula separuh masa kedua, Wan Zaharulnizam berpeluang menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma jarak dekat, namun cubaan beliau juga liar.

Gol penyamaan pasukan Pahang muncul pada minit ke-60. Ianya menerusi bekas pemain Kelatan. Wan Zaharulnizam.

Seminit selepas itu, Alvez menambah gol untuk Pahang. Satu jaringan dalam keadaan gol terbuka selepas Alvez menewaskan Khairul Fahmi.

Kira-kira 10 minit selepas itu, Danial Asyraf berpeluang menyamakan kedudukan, tetapi agak gugup dalam situasi 1 lawan 1.

Pada saat terakhir perlawanan, Fakhrul Zaman melakukan tandukan terbang namun diselamatkan oleh Wan Azraei.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 1-2 mmihak kepada Pahang. Kebangkitan ini sekaligus membolehkan laungan cabaran kejuaraan oleh Pahang untuk musim ini.

Baca juga: Rangkuman Sesi Dialog FAM Bersama Penyokong Dan Media

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN