Ramos: “Saya Nasihatkan Neymar Keluar Dari Barca, Kurang Sikit Masalah Kami”

Sergio Ramos mungkin sedang mengusik Gerrard Pique dengan gurauan kasar. Mana tidaknya, sejak seminggu lalu memuatnaik status sentimental tentang Neymar.

Pique juga pergi berjumpa Neymar atas kapasiti wakil pemain senior kelab. Beliau kemudian meminta Neymar mempertimbangkan keutamaan beliau dalam bola sepak, wang atau piala?

Jika mahukan lebih piala, kekallah di Barcelona, jika mahu wang pergilah ke PSG, itulah kata-kata Pique.

Kita semua tahu Ramos dan Pique perangai mereka macamana. Selepas perlawanan persahabatan di antara Real Madrid dan Barcelona, Ramos ditanya Wartawan tentang pandangan beliau ke atas situasi Neymar.

Sudah lama kedua-dua mereka tidak bercakaran. Ramos bermain kali pertama untuk Real Madrid dalam pra-musim kali ini.

Selepas tamat perlawanan, wartawan bertanya kepada Ramos. Ramos tersenyum sinis menjawab wartawan. Jarang kapten Real Madrid ini memberikan pandangan tentang situasi pemain Barcelona kecuali Pique.

Ramos mencadangkan agar Neymar meninggalkan Barcelona dan menyertai PSG. Dengan ini, masalah Real Madrid pun berkurangan.

PSG serius mahu membayar klausa perlepasan Neymar. Namun kelab Catalan tersebut tidak mahu melepaskan pemain tersebut walaupun untuk sebarang harga.

Ramos dengan selamba memberitahu wartawan:

“Saya berharap dia tinggalkan Barcelona. Jadi, akan kurang sedikit masalah kami.”

Ramos turut menceritakan beliau bertukar jersi dengan Neymar seleas perlawanan tersebut kerana beliau mungkin akan melihat Neymar untuk kali terakhir dalam jersi Barcelona.

Pada masa yang sama, Ramos berharap juga, itu kali terakhir beliau berbuat demikian.

“Saya tadi bertukar jersi dengan beliau (Neymar). Saya harap ini yang terakhir kali saya melakukannya (bertukar jersi) dengan pemain Barca.”

Nampaknya, kita akan menunggu pula respon Pique selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN