Mourinho Kini Selangkah Lagi Untuk Bawa Matic Ke Manchester United

Manchester United semakin hampir untuk mendapatkan Nemanja Matic daripada Chelsea, menurut sumber Sky.

United berharap agar dapat memuktamadkan perpindahan pemain berusia 28 tahun ini dalam masa terdekat.

Sumber Sky difahamkan bahawa pengurusan tertinggi United telah bersetuju dengan bayaran £40 juta buat Matic yang beraksi 40 perlawanan sepanjang musim lalu.

Sebelum ini juara Itali, Juventus menyatakan minat terhadap Matic namun telah melupakannya bagi memberikan tumpuan untuk merekrut Blaise Matuidi dari PSG.

Kehadiran Tiemoue Bakayoko ke Stamford Bridge telah membuka jalan buat Matic untuk kembali bersama bekas pengurusnya di Chelsea satu ketika dahulu, Jose Mourinho di Old Trafford.

Difahamkan Chelsea telah membenarkan Matic untuk menyertai United sebagai isyarat muhibah kerana sumbangannya membantu Chelsea meraih dua gelaran Liga Perdana dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Chelsea pada mulanya lebih gemar untuk melepaskan Matic ke Juventus namun pemain antarabangsa Serbia yang tidak menyertai skuad Chelsea ke China dan Singapura bagi latihan pra-musim itu lebih memilih untuk ke United.

Matic bakal menjadi pemain ketiga yang diikat Manchester United selepas pemain pertahanan, Victor Lindelof dan Romelu Lukaku menyertai pasukan.

United meneruskan perlawanan pra-musim menentang kelab Norway, Valerenga pada hari Ahad sebelum mereka menghadapi Sampdoria pada 2 Ogos.

Sumber:

  1. Sky Sports (2017): Manchester United close to signing Chelsea midfielder Nemanja Matic; http://www.skysports.com/football/news/11095/10967420/manchester-united-close-to-signing-chelsea-midfielder-nemanja-matic

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN